Buat tatapan anak-anak,menantu dan cucu tersayang.
Mengapa serirumbia?Rasanya pokok rumbia memang dikenali oleh kita semua.Tentunya pernah dengar,lihat atau gunakan atap rumbia,tepung sagu rumbia daripadanya boleh dibuat cendol,lempeng,bubur lenot yang kenali di Melaka.
Mengapa serirumbia?Rasanya pokok rumbia memang dikenali oleh kita semua.Tentunya pernah dengar,lihat atau gunakan atap rumbia,tepung sagu rumbia daripadanya boleh dibuat cendol,lempeng,bubur lenot yang kenali di Melaka.
Dalam dairi saya dan suami ia adalah sebuah kenangan.
Tapak rumah kami asalnya di penuhi dengan pokok rumbia . Tanah ini pemberian kasih sayang ibu mertua saya kepada anaknya,suami saya lah tu.Syukur ada juga tapak untuk dibina rumah.
Untuk menukar status dari kawasan dipenuhi pokok rumbia kepada sebuah tapak rumah bagi kami berdua sememangnya menjadi satu kenangan.
Masa tu gaji kecil je.Suami mohon pinjaman perumahan kerajaan.Nak dibina rumah di tanah yang ditumbuhi pokok rumbia.Bayangkanlah nak meneroka tanah tu.Syukur.Allah maha mengasihani, ibusaudara suami,allahyarhamah Hjh Maimon dan suaminya (Mak Mon& Pak Aman)sedia menolong. Mak Mon membuat atap,jadi mereka ambil daun rumbia tanpa bayaran .(memang tak mampu pun nak upah tebang pokok rumbia tu).Yang tinggal cuma tunggul pokok rumbia.membersihkannya.Tiap hujung minggu kami balik ke kampung untuk membersihkan tunggul-tunggul rumbia.Kami gunakan mesin gergaji(dibeli dari wang tabungan).Masa itu kami bertugas di Felda Bukit Ramun,Kota Tinggi,Johor.Syukur kehadzrat Allah S.W.T daripada tapak pepohon rumbia dapat kami dapat jadikan tapak rumah.
Masa tu anak-anak (Atun 4 tahun dan Ina 3 tahun) mungkin mereka tak ingat usaha gigih kami tu.
Suami memohon pinjaman perumahan kerajaan .Masa tahun 70an .Pinjaman sebanyak RM32 000 sahaja dan ditambah dengan wang tunggakan gaji kami berdua terkumpulah RM47 000.Dengan wang itulah kami bena sebuah rumah.
Masa itu di kiri kanan dan belakang kawasan rumah kami masih lagi dipenohi pepohon rumbia.Itu hak orang lain tetapi sekarang kami dah ada jiran ,di kiri kanan tak ada lagi pepohon rumbia dan di belakang dimajukan dengan projek tanaman pisang.
Ha.. rasa nya dah terjawab mengapa seri rumbia.
Untuk anak-anak, menantu-menantu dan cucu ku renungkanlah kegigihan ,kesabaran dan... yakin Allah itu maha pemurah lagi mengasihani sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya.Wassalam.
ye..adik mmg tak ingat masa mak dan ayah 'mengemas' tapak rumah kita. Tapi adik masih ingat lagi masa rumah tu dalam pembinaan. Kalau boleh hari2 mak dan ayah nak jengah tgk rumah tu.Dan adik jugak igt kt depan laman rumah kita dulu ada pokok sentul yg sgt tinggi dan beso..
ReplyDeleteant x ingat pasal potong tunggul rumbia, ingat main tanah, rumah dah naik separuh..ha tu ingat..pokok sentul ingat.. ooo ada pokok rumbia rupanya sebelum ni...duduk rumah nek ingat..
ReplyDeletepokok sentul mane?kat umah nek tu ke? hikhik.
ReplyDeletentah le, amin wujud2 je kat dunia ni, da siap da ghumah. kihkihkih. tau2 je, da kene mesin rumput setiap minggu. asyik mesin rumput je.subur btul rumput.adehhhh. tapi xpe, bersenam.huhu :-)
Skrg turn si bujang ler potong rumput. Dulu2 kitaorg yg jadik tukang potong rumput, tukar tukar mentol, tukang cat, cleaner, tukang panjat bumbung, tukang tgk tangki kt bumbung. Dan yg paling tak leh tinggal...tukang jaga kowang ler........Penatt okey. Sume nakal macam hape je. Melalak pun kuat. See...lagi extra vaganza wokey.
ReplyDeletesaper ingat.... "nak pergi rumah nek? boleh... bawak adik..." pastu dengan botol susu kita kelek dak amin dengan wati... janji dapat gi umah nek. he he.. WE LUV U MAK n AYAH!!
ReplyDelete