Saturday, July 24, 2010

Dari tak ada baiklah ada.....

Ini kesah masa yang telah berlalu lagi.
Apa yang berlaku sentiasa dalam ingatan.
Masa itu saya dan suami masih lagi bertugas di Felda Bukit Ramun,Kota Tinggi,Johor.
Sebenarnya pada masa itu di kawasan ini ada 4 buah felda yang berdekatan.(awal tahun 70-an.)Felda Bukit Ramun,Felda Bukit Besar,Felda Sungai Sayong dan Felda Pasir Raja.
Perhubungan sekolah-sekolah di situ amat akrab.Semua aktiviti dijalankan bersama.Biasalah mesti kena bekerjasama.Kerjasama dari ibubapa hinggalah ke pihak pentadbiran felda(Pengurus dan staffnya.)
Saya nak cerita hal menjalankan aktiviti ko kurikulum.Aktiviti keempat-empat sekolah ni digabungkan di bawah satu nama ,PESTA namanya.(Persatuan Sukan Sekolah-Sekolah Taib Andak).
Semua aktiviti permainan dan sukan dijalankan bersama dari murid hinggalah guru.(kalau tak buat semua tu dah tentu bosan .)
Setiap minggu ada pertandingan mengikut jadual yang disediakan.Lokasinya mengikut giliran.Dengan secara tak langsung menjadikan kami semua sentiasa akrab.

Yang menjadi kenangan ....ha..masalah nak membawa bebudak dan guru ke lokasi pertandingan.Pada masa tu kemudahan pengangkutan memang menjadi masalah.Guru-guru boleh dibilang yang ada kereta.Kebanyakkan ada motosikal.Jadi siapa yang ada kereta ditugaskan membawa guru-guru.Murid-muridnya. Nasib baiklah dapat kerjasama Pengurus Felda.Bebudak naik traktor dan ada masanya naik lori buah.Walau apa pun aktiviti berjalan lancar.Syabas kepada guru dan murid di felda waktu itu.Sebenarnya pengalaman memang tak boleh dibeli.Lebih menggembirakan ibubapa pun sanggup sama-sama kelokasi pertandingan .Sama-sama beri sokongan moral.Lagipun apa nak dibuat petang-petang selepas balik kerja. Nak menonton tv tak ada.(Bila peneroka dah dapat hasil,barulah dirumah-rumah ada tv,dan sumber letrik ,guna generator.dan ramai yang ada motosikal dan kereta terpakai.)Cik gu pun serupa juga.Boleh kata tiap rumah cik gu guna genarator sebagai sumber letrik untuk menonton tv.Itupun atas biaya sendiri.
Nak cerita pasal padang sekolah pulak.Hem... di bahagian belakang bangunan adalah sikit kawasan yang berumput.Untuk aktiviti PJ boleh lah.Untuk permainan..bolajaring dan bola sepak atas padang tanpa rumput.Tanahnya berpasir dan batu-batu kecil.Tapi macamana lincahnya ayam hutan berlari begitulah bebudak ni.Memangnglah mereka ni tabah,sama seperti guru-gurunya.Padang awam ada tapi bukan di kawasan sekolah.Bila sukan atau pertandingan barulah digunakan.Guru-guru sentiasa memikirkan yang terbaik untuk bebudak ni,demi kecemerlangan mereka.
Saya akan buat catatan lagi .Tunggulah nanti cerita pasal bebudak ni dan gurunya.

2 comments:

  1. Ye...adik dpt idup masa zaman generator. Bila petang je ayah pun start le enjin generator. Teringat jugak time nunggu mak dgn ayah balik dari sekolah kt depan tangga rumah putih...

    ReplyDelete
  2. teringat kecik kecik dah pakai uniform pergi sekolah dengan mak..botol air merah susun kat tepi dinding.. he he..

    rumah putih ada tangki air tinggi...

    ReplyDelete