Monday, July 19, 2010

Lampu letrik,lampu picit ..........

19 Julai 2010.








Terkenang semasa dulu....


Kesahnya dalam tahun 1972.

Saya ditugaskan ke Felda Bukit Ramun,Kota Tinggi,Johor.Tak tahu di mana ,bagaimana rupa tempatnya.Saya kesana menaiki keretapi,ditemani bapa dan emak.Anak perempuan masa tu memang begitu.Turun di setesen keretapi Johor Bharu.Terpinga-pinga bila dah sampai.Kemana nak pergi ni.


Syukur,terjumpa dengan abang rakan sekelas masa sekolah.Kebetulan dia menunggu saudara nak datang kerumahnya, tapi tak sampai,yang sampai orang lain.


Saya beritahu tujuan kami.Hari dah nak malam.Dia pelawa kami 3 beranak bermalam di rumahnya.

Esoknya dia menolong lagi,menghantar kami ke Felda Bukit Ramun.Masa dalam kereta,bapa beri lampu picit kepada saya.Saya kata tak payahlah sebab mesti ada letrik.

Bila masuk saja ke kawasan Felda Bukit Ramun saya lihat di tepi jalan tak ada tiang letrik.Saya pun dengan rasa tak malu minta lampu picit tadi.Rupanya belum ada kemudahan letrik.


Bila dah lapor diri,nak tinggal dimana pulak ni.

Buat sementara saya menumpang di rumah seorang Guru Besar yang baik hati.Di rumahnya ada pendawaian letrik tapi letriknya tak ada.Nak petik suis kat mana?


Bila malam barulah tahu dia gunakan lampu gasolin.(teringat lampu gasolin kat rumah bapa,dah simpan sebab dah ada letrik).


Selepas beberapa hari,bapa dan mak balik.Dipendekkan cerita ,saya tinggal dirumah peneroka yang dikosongkan bersama beberapa rakan lain.Di rumah ini tak guna lampu gasolin tapi pelita minyak tanah je.Dan.... bilik air ada tapi tak ada paip.Air kena ambil di tepi jalan.Guna baldi dan angkut air ke rumah. Nak mandi di tepi jalan tak sanggup rasanya.Masa angkut air,dari satu baldi air; bila sampai di rumah tinggal setengah saja.Sabar...ini dugaan.


Itulah kesah lampu letrik ,lampu picit.Rasa nak masukkan gambar tapi tak ada pulak.Memang jadi kenangan dan iadalah kenyataan.

2 comments:

  1. susahnya mak nak berjaya dulu.........skrg mak dah senang. murah rezeki pulak tu.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Teringat : Rumah Hijau pakai lampu yang antik tu apa nama aaa.. lampu gasolin ke tu.. kat rumah putih dah pakai gen set.. tengah malam minyak abis.. gelap..

    ReplyDelete