Thursday, December 30, 2010

Lawatan sambil belajar

9 Disember 2010
Kisah saya bersama suami(ayahdia) ke Langkawi atas tiket Kelab Keluarga Masyarakat Malaysia Bhd.(kami berdua baru jadi ahli.Pada mulanya mengikut rancangan Tn Kamarul(tn Presiden kelab) nak naik keretapi.Kata ayahdia bagus juga dah lama tak naik keretapi.Seronok juga naik berkumpulan.Jadi nampaknya.
Kecewa pula pulak.tak jadi naik keretapi.Tiket dah habis sebab cuti sekolah.Naik bas nampaknya.
Dari M'ka naik kereta.Tiba Sepang rumah anak,Menantu hantar ke Hentian Duta.Pakej 12 orang.Naik bas 2 tingkat.Sani ekspres.Dari KL pukul 11 mlm.
sampai pukul 6:30 (lebih kuran
g).

Naik feri pukul 8 pagi.
Sampai jeti Kuah ke hotel Tn Kamarul sewa van.Hotel Langkawi View.Ok lah.Lagi pun di taja.
Nak check in hotel tak boleh sebab masih awal lagi. Tumpang beg saja dan le[as tu aktiviti jalan-jalan cari makan.Hujan pula tu.Pusing je pulau lagi pun warga mas berjalan.Yang sakit kaki,lenguh badan.Singgah beli produk gamat je.Balik hotel dn check in pukul 1 petang.Lepas solat jalan-jalan lagi.Yang bagus

nya singgah makan goreng pisang,keledek ,karipap dan mi goreng.ayahdia belanja mi .
goreng pisang,karipap da
n mi goreng.
Singgah di Cabel car.Konon nak naik .ha
i punya ramai manusia.Termasuklah kami.Baris panjang sekali.Batal je.Tengok orang naik je.Melopong nampaknya.
Lepas tu pergi pekan Kuah,nak beli belah.Dah janji sebelum pukul 7 malam mesti balik sebab nak pulangkan van.Ada pulak yang buat hal.Entah apa di beli.macam-macam hal.
Sampai hotel sol
at maghrib jamak dengan Isyak. Makan dan ke dewan untuk taklimat kursus.Seronok juga dah lama tak kursus.Perasan pulak.

Esoknya 10 Nov. kursus.Jangkanya sampai pukul 6;30 tapi di pendekkan. Separuh hari saja.Separuh lagi sambung malam.
Lepas makan dan solat. saya dan suami pergi beli belah.Tapi beli coklat dan t shirt utk cucu je.

(Suami dah ingatkan jangan beli pinggan mangkuk tak ada siapa yang nak bawa).Kira-kira pun kalau di usia kita ni nak beli barang-barang tu pun tak berbaloi,nak bawa satu cerita,harga pun di campur tolak jadi mahal juga.(sebab penat dan masalah nak bimbit).
11 Nov balik ke Kuala Perlis naik feri.Sampai dah ada kumpulan yang menunggu.Baiknya hati kawan-kawan kelab.terima kasih pada mak long,pak long.pn Maziah serta suami.Kami di bawa ke Alor Setar ke homestay.
Malam lepas solat pergi makan malam di rumah pn Maziah .Tak di jangka ramai pula yang datang meraika
n kami dan majlis menambah meraikan ahli kelab baru.\
12 Nov pagi .Lepas sarapan pergi Pekan Rabu Alor Setar. Pak long,mak long,pn Mazaiah dan Cik Gu M
ohamad nak bawa jalan-jalan tapi dah malas.Pergi je ke rumah Mak long makan tengahari dan lepas solat zohor ke Sahab Perdana( setesen bas ekspres). Kami naik bas juga balik ke Kl.Tak dapat naik keretapi juga sebab perjalan ke KL waktu malam.
Walau bagaimanpun memang seronok sesekali berjalan dengan kawan-kawan yang tak banyak kerenah.terima kasih kepada Kelab Keluarga Masyarakat Malaysia dan tn Kamarul serta isteri Pn, Dr Zaidah.lain kali kalau ada peluang kami nak ikut lagi.Tengok lah gambar kenangan.















Tuesday, December 7, 2010

Siapa dia itu?....







1430 Hijrah
29 Oktober 2009 saya dan suami menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji.Alhamdulillah syukur.Coretannya nanti akan di paparkan.Buat masa ni belum ada idea

Adalah gambar-gambar yang dirakam.Cuba tengok, siapa dia ni.
Hm ini wira padang pasir.Menunggu kalau ada yang nak bergambar bersamanya.
Rasanya pengantin pun boleh bergambar dengan si cantik manis ni.
Selesai mengerjakan ibadah haji,sementara nak balik ,selain menunaikan umrah,kami buat lawatan kebeberapa tempat.Satu daripadanya ladang unta.

Kalau kita tengok kaki unta ni kecil saja kalau dibandingkan dengan badannya.Memang tak munasabah.tapi itulah kurniaan Allah S.W.T kepadanya.
Rakaman gambar di teruskan.Amboi cantik .
Lihat lagi apa ceritanya.....
Di sana dapatlah ambil gambar,bukan itu saja minum susunya.Mulanya rasa tak berani nak minum takut tak tertelan.Harga se botol 5 Riyal. Memang sedap.Kalau susu kambing berbau juga,susu unta tidak pula.

(Gambar peladang sedang memerah susu unta.Dan disebelahnya buih susu unta selepas di tapis).
Lihatlah gambarnya lagi.
Satu dari aktiviti.Cuci muka dengan buih susu unta.Semua mencubanya termasuklah saya.
Selepas itu masing-masing membeli pula beberapa botol susu.Saya pun tidak terkecuali.


Bawa balik ke tempat penginapan dan simpan dalam peti sejuk.Tau apa di buat dengan susu unta tu.Selain diminum,mandi susu pulak.Syampu rambut dengan susu unta.Kata kawan sebilik rasanya orang arab pun tak SPA dengan susu unta.Yalah nak cuba.Hasilnya memang memuaskan.
Lihat lagi aktivi pak haji ni...

( Ini bukan penternak unta.)
Ini lebih dari penternak unta.


Biarlah saya berhenti setakat ini.Coretan ini hanya sebagai kenangan.
















































































































































Sunday, December 5, 2010

Keindahan Anugerah Allah....










Gambar ini dari beberapa lokasi dalam perjalanan saya dan suami kepantai timur,melalui Mersing,ke Kuantan,Kuala Terengganu,Kota Baharu,menghala kepantai barat melalui jalan timur barat.Pergi ke Baling keSeberang Prai,ke Tasik Bukit Merah seterusnya ke Taiping .
Banyak lagi gambar yang menarik.
Syukur,alhamdulillah atas anugerah Allah mencipta keindahan unyul hambaNyahambaNya.
Muhasabah diri kita dan bersyukur di atas rahmatNya.Sesiapa yang berminat tentu akan mencubanya.Tempat bermalam,makan dan berehat tidaklah hotel 5 bintang.Bersolat di masjid-masjid bila tiba masuk waktu.Sementara Allah memberi rezeki,tenaga dan kesihatan yang baik,kami berusaha untuk menyusuri keindahan bumi Malaysia.Pengalaman yang tidak boleh dibeli.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan bulan berjihad...


8 Ramadhan 1431hijrah

Alhamdullilah hari ini masuk hari ke 8 berpuasa.
Nak jadikan cerita tahun ni pegang puasa (saya dan suami )di rumah ati (anak ketiga).Nak kirakan samalah di rumah ina(sebab rumah mereka berdekatan). Sebenarnya rancangan nak pegang puasa di rumah saja,tapi dak ati buat hal pulak.Dah sakit nak bersalin.Jadi pergi juga lah kerumahnya.Tapi tak jadi pulak.baby tu nak lahir bulan Ramadhan lah agaknya tu.
Malamnya saya ,suami dan sham(menantu),ina dengan suami dan 2 orang anaknya kemasjid bertarawih dimasjid di Bandar Baru Salak Tinggi.Imamnya hafiz muda.Alhamdullilah sekarang dah ramai bebudak kita muda-muda dah hafiz.

Kami bersahur pukul 4:45.Sebelum tu dah bangun.Alhamdullilah dapat juga solat tahajjud,taubat dan hajat.
Hari pertama puasa berbuka sederhana saja.Saya dan suami memang dah biasa begitu.Anak-anak pun terikut-ikut dengan cara kami berdua.Berbuka puasa dirumah ati.Ina datang ke rumah ati bawa nasi,lauk dan karipap.Kami sekeluarga berbuka,dapatlah berbuka dengan anak ,menantu dan cucu .Terasa pulak kurang satu keluaraga ,Atun di Melaka.

Hari ketiga puasa kami berdua balik kerumah selepas solat Tarawih .Syukur alhamdulliah dapat solat tarawih berjemaah ,2 malam di Masjid bandar Baru Salak Tinggi ,satu malam di masjid Salak Tinggi dan satu malam lagi dalm perjalanan balik singgah di Nilai .
Hari keempat puasa dah rasa nak demam,selesema,batuk dan asma pulak tu. Allah saja yang tahu risaunya,tapi sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T janganlah jadi apa-apa,nak demam ke ,asma ke janji dapat teruskan puasa.malam ke 5 pergi juga solat tarawih di surau,kuatkan semangat.

Anak bujang saya ( Amin) pun ada balik hari tu.Hari ke ke 5 puasa atun ,suami dan anak-anak nya berbuka di rumah.Dalam tak sihat tu buat juga juadah berbuka.Saya ni memang suka memasak kalau ada tukang makan.
Malam ke 6 dan ke 7 tak gi solat tarawih di rumah sendirian saja.Tak daya nak pergi surau.
Hari ini kena serangan asma.Tapi sayang nak berbuka.Teruskan juga berpuasa.nak melupakan rasa sakit tu, bermunajat kepada Allah S.W.T semoga di kuatkan semangat dan dapat meneruskan puasa. bertawakkal buat juga solat sunat tarawih sendirian di rumah.Tak daya berdiri solat sambil duduk. rugi rasanya tak buat. Setahun sekali saja datangnya Ramadhan.Saya bersyukur kerana Allah memberi taufik dan hidayahnya.

Lepas solat terus pergi klinik .Alhamdullilah, Allah maha penyayang dah ok rasanya.Malamke 8 dapatlah solat berjemaah di surau. tapi buat 8 rakaat saja.Apa pun dapatlah juga buat.Saya berdoa Allah memberi kekuatan dapat solat tiap-tiap malam berjamaah di surau atau masjid seperti tahun-tahun sebelum ni.Nampaknya kami berdua saja di rumah. Sediakan juadah ala kadar saja, sebab lepas berbuka pergi solat isyak dan solat sunat tarawih di surau atau masjid .
Nampaknya tahun ini bukan saja berpuasa di rumah saja ,dua tiga hari berulang alik ke Sepang.

Jadi bersolat sunat Tarawih di Sepang juga. Memang terasa kemeriahannya sebab dapat bersolat di banyak masjid.

Alhamdullilah.Ati bersalin pada 2 September 2010.Cucu laki-laki nampaknya.Orang Melaka kata orang serambi.Hari tu hari 23 Ramadhan (Amir Safuan namanya).Asyik berulang alik tak terasa dah nak sambut Syawal. Semoga Allah S.W.t menerima semua ibadah kami sekeluarga dan seluruh umat Islam.Amin.




30 Ramadhan melabuhkan tirainya.Selepas berbuka , para suami,anak-anak laki-laki ke Masjid solat Isyak dan bertakbir dari rumah ke rumah.Terasa kemeriahan menjelangnya Syawal.
Teringat masa atun dan ina bersekolah rendah,mereka di bawa guru-guru berkunjung kerumah rumah disekitar kawasan sekolah,marhabban beramai-ramai.Satu amalan yang baik tapi sekarang mereka dah berkeluarga harap di sambung amalan yang baik itu.

Ramadhan datang dan pergi ,hanya Allah S.W.t yang tahu samada kita dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang.






































Saturday, July 31, 2010

Kali pertama mengerjakan haji

Tahun1994.

HALASH dan Haram




Saya dan suami rasa bersyukur kerana menjadi tetamu Allah mengerjakan haji kali pertama.Kali pertama menjejakkan di Madinah al Munawarah dan Makkah al lmukarramah.
Hasil dari tabungan kami berdua,(saya dan suami) di Lembaga Tabung Haji dapat kami berdua mendaftar untuk mengerjakan haji.

Saya juga mendaftarkan emak saya .

Sedih juga dengar bila dia memberitahu dia tak ada duit macamana nak pergi menunaikan fardu haji.

Sebenarnya semasa menghantar kakak ipar dan suaminya ke Kelana Jaya,
saya terpandang seorang jemaah yang saya kira seusia dengan emak.Dari air mukanya nampak begitu gembira.Terdetik di hati kalaulah yang saya hantar ni emak,betapa bersyukurnya saya.

Saya sampaikan hasrat saya pada suami,alhamdulillah dia juga ada menyimpan niat begitu sebab emak dan bapanya dah menunaikan farhu haji.

Dengan wang simpanan yang ada,kira-kira cukup untuk emak,saya mendaftarkan emak juga.

Alhamdulillah syukur ,Allah itu maha mengetahui niat baik saya.

Kami terpilih bagi penerbangan pertama( bagi jemaah tabung haji).Bertolak dari lapangan terbang Subang ke Jeddah.Dari Jeddah bertolak dengan bas ke Madinah

Masa di Madinah kami bersolat setiap waktu di Masjid Nabawai.Nakkan pahala 40 waktu bersolat diMasjid Nabawi.(Masa pergi tu pimpin tangan mak. Teringat masa kecil mak yang jaga,belai dan pimpin tangan kita).Mesti sentiasa pimpin tangan mak hingga masuk dalam masjid, sebab dia takut agaknya begitu ramai jemaah.Kemana saja mesti pimpin tangan.Saya anggap itu adalah tanggungjawab saya sebagi anak.


Masa tahun 1994 tu jemaah tabung haji tidak di sediakan makanan seperti sekarang.Kena sedia sendiri.Tempat tidur tiada katil hanya tilam dan bantal saja,tanpa selimut.

Semuanya pada saya tidak ada cacat celanya, yang pentingnya saya dapat menjalankan ibadat.Kami semua redha.


Selepas sembilan hari berada di Madinah, kami bertolak ke Makkah.Singgah di Bir Ali (miqat).Sembahyang sunat Ihram dan berniat ihram.
Tiba di Makkah hampir waktu maghrib. Kami tidak galakkan ke masjid kerana baru sampai. Petugas muassasah menghantarkan makanan ke bilik.Ada perkara yang lucu berlaku.kami berkongsi 6 orang se bilik.Jadi kami dibekalkan 6 pinggan nasi serta lauk. Tengah makan, datang seorang petugas,dia pun bercakap dalam bahasa Arab.HALASH begitulah lebih kurang bunyinya.(saya pun tahu betul ke tidak ejaanya.)


Saya : Mak agaknya kita ni makan tak beralas.
Kami pun cepat membentangkan tikar yang memang di bawa dari Malaysia.Kami pun sambung makan lagi. Tak berapa lama datang anak bujang Arab tadi lagi .Katanya HALASH.Apa masalahnya lagi.


Saya: Agak kawan kita se bilik makan tak alas tikar ni.
Saya tak sedap hati keluar mengekor anak arab tadi.nak cakap bahasa Melayu tak faham pulak nanti,naka cakap, Arab ni pun tak faham apa saya cakap.Cuba-cuba lah calkap mat salleh.Faham pulak tu.Rupanya HALASH tu cukup.Lepas makan kami berehat di bilik.


Kami dimaklumkan pegawai tabung haji akan membawa kami kemasjid untuk bertawaf selepas solat isyak.Kami pun akur.Kita baru je sampai tak kan nak memandai-mandai.Lepas isyak saya,suami dan mak bersama-sama jemaah lain keMasjidil Haram untuk tawaf umrah.Kebetulan ada pula sorang jemaah wanita tak dapat tawaf(rakan sama-sama dari Melaka).Jadi dia minta saya bawa maknya sekali.


Mulanya saya ,suami mak ,mak cik serta menantu nya sama dalam kumpulan jemaah.Masuk pusingan ketiga kami bertiga dah tertinggal.Maklum saja lah nak pimpin dua orang mak(mak dan mak cik).Kuat semangat ,tak mau kedua-dua ni panik. Tawakkal saja bertawaf . Alhamdullilah habis juga sehingga 7 pusingan,solat sunat tawaf dan sa'ie serta bertahallul.(mak kenalah saya bacakan doa dia ikut).Hari-hari berikutnya kami solat berjemaah tiap waktu solat di Masjidil Haram.Tiap kali ke masjid mesti pimpin mak.Suami pesan jaga mak baik-baik, jemaah dah makin ramai takut mak tercicir kesihan dia.Memanglah mak ikut saja kemana saya bawa.


Hari ketiga,datang lah 2 orang pegawai muassasah.Yang sorang rupa Melayu tapi tak tahu berbahasa Melayu.Yang sorang memanglah sah Arab.Rupanya dia 2 beradik tapi berlainan ibu.Seorang mak Arab yang sorang lagi mak Indonesia.Mereka bertanya tak pergi buat umrah ke.


Jawab saya memang nak pergi tapi tak tahu naik bas atau teksi kat mana.Baik pula budinya,dia beri tahu ada stesen bas dekat-dekat dengan istana. (Saya pun tak buang masa maklumkan pada suami).


Esok lepas solat subuh kami beranikan hati, dengan pakaian ihram,pergilah mencari stesen bas,alhamdullilah jumpa.Nasibbaik juga yang jual tiket tu boleh berbahasa Inggeris.Untuk pertama kali kami pergi ke Tana'iem bermiqat.Dia tunjukkan basnya.naik bas jemaah lelaki di bahagian depan ,jemaah wanita di belakang.pada saya tak kisahlah tu.(mak tak ikut katanya tak kuat, masa tu pun umurnya dah 75 tahun).


Sampai di Tana'iem suami pesan lepas sembahyang sunat dan berniat ihram tunggu dia .(dah pilih tempat sesuai).Lepas je solat dan berniat ihram saya pun tunggulah suami ,kebetulan ada jemaah dari Indonesia.datang lah sorang pak arab,katanya :hajjah,haram.Lah apa pulak yang haram ni.Rasanya saya tak buka aurat,kebetulan tengok jemaah Indonesia pakai telekung pendek je dan ada yang tak pakai sarung kaki(ingat dalam hati agaknya jemaah ni tak tutup aurat).


Saya beralih ketempat lain,bersama-sama dengan jemaah Pakistan atu India,(saya tak pasti). Datang lagi pak Arab lain:Hajjah ,haram.Eh haram lagi,agaknya jemaah ni agaknya:mereka tak pakai telekung macam jemaah Malaysia.Mereka pakai tudung biasa dan tak bersarung kaki. Yang nampak rambut pun ada. Agak mazhab mereka begitu. Saya pun tak pandai nak menilai.Saya bergerak ketepi jalan pulak.Kebetulan berdekatan dengan bas.Pemanduya orang Indonesia:Haram bu .Lah haram lagi,apa kenanya nya.tak puas hati pergi juga tanya:haram tu apa?Masjidilharam bu.Oh barulah faham.


Saya pun cepat pergi ketempat dijanjikan dan suami pun dah menuggu.Kami pun terus cari bas ke Mekah dan terus ke Masjidilharam selesaikan ibadat umrah.Dalam perjalan balik ke tempat penginapan saya pun cerita kesah haram tadi.


Selepas tu berjumpa pula dengan ustaz tempat kami belajar sebelum ke Makkah.Ikut pula dia dan kumpulan berziarah dan buat umrah.Sejak hari tu ,sementara menunggu hari Uquf kami pergilah buat umrah selang sehari.(miqat diTana'iem,Jaaranah dan sekali di Hudaibiyah). Syukur alhamdullilah.


Rasa nya setakat ni dulu. Lainkali cerita Uquf di Arrafah pula.Rasa nak sertakan gambar tapi tak sempat nak cari gambarnya.













































Saturday, July 24, 2010

Dari tak ada baiklah ada.....

Ini kesah masa yang telah berlalu lagi.
Apa yang berlaku sentiasa dalam ingatan.
Masa itu saya dan suami masih lagi bertugas di Felda Bukit Ramun,Kota Tinggi,Johor.
Sebenarnya pada masa itu di kawasan ini ada 4 buah felda yang berdekatan.(awal tahun 70-an.)Felda Bukit Ramun,Felda Bukit Besar,Felda Sungai Sayong dan Felda Pasir Raja.
Perhubungan sekolah-sekolah di situ amat akrab.Semua aktiviti dijalankan bersama.Biasalah mesti kena bekerjasama.Kerjasama dari ibubapa hinggalah ke pihak pentadbiran felda(Pengurus dan staffnya.)
Saya nak cerita hal menjalankan aktiviti ko kurikulum.Aktiviti keempat-empat sekolah ni digabungkan di bawah satu nama ,PESTA namanya.(Persatuan Sukan Sekolah-Sekolah Taib Andak).
Semua aktiviti permainan dan sukan dijalankan bersama dari murid hinggalah guru.(kalau tak buat semua tu dah tentu bosan .)
Setiap minggu ada pertandingan mengikut jadual yang disediakan.Lokasinya mengikut giliran.Dengan secara tak langsung menjadikan kami semua sentiasa akrab.

Yang menjadi kenangan ....ha..masalah nak membawa bebudak dan guru ke lokasi pertandingan.Pada masa tu kemudahan pengangkutan memang menjadi masalah.Guru-guru boleh dibilang yang ada kereta.Kebanyakkan ada motosikal.Jadi siapa yang ada kereta ditugaskan membawa guru-guru.Murid-muridnya. Nasib baiklah dapat kerjasama Pengurus Felda.Bebudak naik traktor dan ada masanya naik lori buah.Walau apa pun aktiviti berjalan lancar.Syabas kepada guru dan murid di felda waktu itu.Sebenarnya pengalaman memang tak boleh dibeli.Lebih menggembirakan ibubapa pun sanggup sama-sama kelokasi pertandingan .Sama-sama beri sokongan moral.Lagipun apa nak dibuat petang-petang selepas balik kerja. Nak menonton tv tak ada.(Bila peneroka dah dapat hasil,barulah dirumah-rumah ada tv,dan sumber letrik ,guna generator.dan ramai yang ada motosikal dan kereta terpakai.)Cik gu pun serupa juga.Boleh kata tiap rumah cik gu guna genarator sebagai sumber letrik untuk menonton tv.Itupun atas biaya sendiri.
Nak cerita pasal padang sekolah pulak.Hem... di bahagian belakang bangunan adalah sikit kawasan yang berumput.Untuk aktiviti PJ boleh lah.Untuk permainan..bolajaring dan bola sepak atas padang tanpa rumput.Tanahnya berpasir dan batu-batu kecil.Tapi macamana lincahnya ayam hutan berlari begitulah bebudak ni.Memangnglah mereka ni tabah,sama seperti guru-gurunya.Padang awam ada tapi bukan di kawasan sekolah.Bila sukan atau pertandingan barulah digunakan.Guru-guru sentiasa memikirkan yang terbaik untuk bebudak ni,demi kecemerlangan mereka.
Saya akan buat catatan lagi .Tunggulah nanti cerita pasal bebudak ni dan gurunya.

Monday, July 19, 2010

Lampu letrik,lampu picit ..........

19 Julai 2010.








Terkenang semasa dulu....


Kesahnya dalam tahun 1972.

Saya ditugaskan ke Felda Bukit Ramun,Kota Tinggi,Johor.Tak tahu di mana ,bagaimana rupa tempatnya.Saya kesana menaiki keretapi,ditemani bapa dan emak.Anak perempuan masa tu memang begitu.Turun di setesen keretapi Johor Bharu.Terpinga-pinga bila dah sampai.Kemana nak pergi ni.


Syukur,terjumpa dengan abang rakan sekelas masa sekolah.Kebetulan dia menunggu saudara nak datang kerumahnya, tapi tak sampai,yang sampai orang lain.


Saya beritahu tujuan kami.Hari dah nak malam.Dia pelawa kami 3 beranak bermalam di rumahnya.

Esoknya dia menolong lagi,menghantar kami ke Felda Bukit Ramun.Masa dalam kereta,bapa beri lampu picit kepada saya.Saya kata tak payahlah sebab mesti ada letrik.

Bila masuk saja ke kawasan Felda Bukit Ramun saya lihat di tepi jalan tak ada tiang letrik.Saya pun dengan rasa tak malu minta lampu picit tadi.Rupanya belum ada kemudahan letrik.


Bila dah lapor diri,nak tinggal dimana pulak ni.

Buat sementara saya menumpang di rumah seorang Guru Besar yang baik hati.Di rumahnya ada pendawaian letrik tapi letriknya tak ada.Nak petik suis kat mana?


Bila malam barulah tahu dia gunakan lampu gasolin.(teringat lampu gasolin kat rumah bapa,dah simpan sebab dah ada letrik).


Selepas beberapa hari,bapa dan mak balik.Dipendekkan cerita ,saya tinggal dirumah peneroka yang dikosongkan bersama beberapa rakan lain.Di rumah ini tak guna lampu gasolin tapi pelita minyak tanah je.Dan.... bilik air ada tapi tak ada paip.Air kena ambil di tepi jalan.Guna baldi dan angkut air ke rumah. Nak mandi di tepi jalan tak sanggup rasanya.Masa angkut air,dari satu baldi air; bila sampai di rumah tinggal setengah saja.Sabar...ini dugaan.


Itulah kesah lampu letrik ,lampu picit.Rasa nak masukkan gambar tapi tak ada pulak.Memang jadi kenangan dan iadalah kenyataan.

Thursday, July 8, 2010

Mengapa seri rumbia?

8 Julai 2010



Buat tatapan anak-anak,menantu dan cucu tersayang.
Mengapa serirumbia?Rasanya pokok rumbia memang dikenali oleh kita semua.Tentunya pernah dengar,lihat atau gunakan atap rumbia,tepung sagu rumbia daripadanya boleh dibuat cendol,lempeng,bubur lenot yang kenali di Melaka.

Dalam dairi saya dan suami ia adalah sebuah kenangan.

Tapak rumah kami asalnya di penuhi dengan pokok rumbia . Tanah ini pemberian kasih sayang ibu mertua saya kepada anaknya,suami saya lah tu.Syukur ada juga tapak untuk dibina rumah.


Untuk menukar status dari kawasan dipenuhi pokok rumbia kepada sebuah tapak rumah bagi kami berdua sememangnya menjadi satu kenangan.


Masa tu gaji kecil je.Suami mohon pinjaman perumahan kerajaan.Nak dibina rumah di tanah yang ditumbuhi pokok rumbia.Bayangkanlah nak meneroka tanah tu.Syukur.Allah maha mengasihani, ibusaudara suami,allahyarhamah Hjh Maimon dan suaminya (Mak Mon& Pak Aman)sedia menolong. Mak Mon membuat atap,jadi mereka ambil daun rumbia tanpa bayaran .(memang tak mampu pun nak upah tebang pokok rumbia tu).Yang tinggal cuma tunggul pokok rumbia.membersihkannya.Tiap hujung minggu kami balik ke kampung untuk membersihkan tunggul-tunggul rumbia.Kami gunakan mesin gergaji(dibeli dari wang tabungan).Masa itu kami bertugas di Felda Bukit Ramun,Kota Tinggi,Johor.Syukur kehadzrat Allah S.W.T daripada tapak pepohon rumbia dapat kami dapat jadikan tapak rumah.

Masa tu anak-anak (Atun 4 tahun dan Ina 3 tahun) mungkin mereka tak ingat usaha gigih kami tu.

Suami memohon pinjaman perumahan kerajaan .Masa tahun 70an .Pinjaman sebanyak RM32 000 sahaja dan ditambah dengan wang tunggakan gaji kami berdua terkumpulah RM47 000.Dengan wang itulah kami bena sebuah rumah.


Masa itu di kiri kanan dan belakang kawasan rumah kami masih lagi dipenohi pepohon rumbia.Itu hak orang lain tetapi sekarang kami dah ada jiran ,di kiri kanan tak ada lagi pepohon rumbia dan di belakang dimajukan dengan projek tanaman pisang.

Ha.. rasa nya dah terjawab mengapa seri rumbia.

Untuk anak-anak, menantu-menantu dan cucu ku renungkanlah kegigihan ,kesabaran dan... yakin Allah itu maha pemurah lagi mengasihani sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya.Wassalam.

Friday, July 2, 2010

perasmian..

grand opening... untuk seri rumbia pada 2 July. Anakanda yg menolong meng aktifkannya.

Message dari pihak penaja:
visit blog sy juga..
http://mamaaifan.blogspot.com/