Saturday, July 31, 2010

Kali pertama mengerjakan haji

Tahun1994.

HALASH dan Haram




Saya dan suami rasa bersyukur kerana menjadi tetamu Allah mengerjakan haji kali pertama.Kali pertama menjejakkan di Madinah al Munawarah dan Makkah al lmukarramah.
Hasil dari tabungan kami berdua,(saya dan suami) di Lembaga Tabung Haji dapat kami berdua mendaftar untuk mengerjakan haji.

Saya juga mendaftarkan emak saya .

Sedih juga dengar bila dia memberitahu dia tak ada duit macamana nak pergi menunaikan fardu haji.

Sebenarnya semasa menghantar kakak ipar dan suaminya ke Kelana Jaya,
saya terpandang seorang jemaah yang saya kira seusia dengan emak.Dari air mukanya nampak begitu gembira.Terdetik di hati kalaulah yang saya hantar ni emak,betapa bersyukurnya saya.

Saya sampaikan hasrat saya pada suami,alhamdulillah dia juga ada menyimpan niat begitu sebab emak dan bapanya dah menunaikan farhu haji.

Dengan wang simpanan yang ada,kira-kira cukup untuk emak,saya mendaftarkan emak juga.

Alhamdulillah syukur ,Allah itu maha mengetahui niat baik saya.

Kami terpilih bagi penerbangan pertama( bagi jemaah tabung haji).Bertolak dari lapangan terbang Subang ke Jeddah.Dari Jeddah bertolak dengan bas ke Madinah

Masa di Madinah kami bersolat setiap waktu di Masjid Nabawai.Nakkan pahala 40 waktu bersolat diMasjid Nabawi.(Masa pergi tu pimpin tangan mak. Teringat masa kecil mak yang jaga,belai dan pimpin tangan kita).Mesti sentiasa pimpin tangan mak hingga masuk dalam masjid, sebab dia takut agaknya begitu ramai jemaah.Kemana saja mesti pimpin tangan.Saya anggap itu adalah tanggungjawab saya sebagi anak.


Masa tahun 1994 tu jemaah tabung haji tidak di sediakan makanan seperti sekarang.Kena sedia sendiri.Tempat tidur tiada katil hanya tilam dan bantal saja,tanpa selimut.

Semuanya pada saya tidak ada cacat celanya, yang pentingnya saya dapat menjalankan ibadat.Kami semua redha.


Selepas sembilan hari berada di Madinah, kami bertolak ke Makkah.Singgah di Bir Ali (miqat).Sembahyang sunat Ihram dan berniat ihram.
Tiba di Makkah hampir waktu maghrib. Kami tidak galakkan ke masjid kerana baru sampai. Petugas muassasah menghantarkan makanan ke bilik.Ada perkara yang lucu berlaku.kami berkongsi 6 orang se bilik.Jadi kami dibekalkan 6 pinggan nasi serta lauk. Tengah makan, datang seorang petugas,dia pun bercakap dalam bahasa Arab.HALASH begitulah lebih kurang bunyinya.(saya pun tahu betul ke tidak ejaanya.)


Saya : Mak agaknya kita ni makan tak beralas.
Kami pun cepat membentangkan tikar yang memang di bawa dari Malaysia.Kami pun sambung makan lagi. Tak berapa lama datang anak bujang Arab tadi lagi .Katanya HALASH.Apa masalahnya lagi.


Saya: Agak kawan kita se bilik makan tak alas tikar ni.
Saya tak sedap hati keluar mengekor anak arab tadi.nak cakap bahasa Melayu tak faham pulak nanti,naka cakap, Arab ni pun tak faham apa saya cakap.Cuba-cuba lah calkap mat salleh.Faham pulak tu.Rupanya HALASH tu cukup.Lepas makan kami berehat di bilik.


Kami dimaklumkan pegawai tabung haji akan membawa kami kemasjid untuk bertawaf selepas solat isyak.Kami pun akur.Kita baru je sampai tak kan nak memandai-mandai.Lepas isyak saya,suami dan mak bersama-sama jemaah lain keMasjidil Haram untuk tawaf umrah.Kebetulan ada pula sorang jemaah wanita tak dapat tawaf(rakan sama-sama dari Melaka).Jadi dia minta saya bawa maknya sekali.


Mulanya saya ,suami mak ,mak cik serta menantu nya sama dalam kumpulan jemaah.Masuk pusingan ketiga kami bertiga dah tertinggal.Maklum saja lah nak pimpin dua orang mak(mak dan mak cik).Kuat semangat ,tak mau kedua-dua ni panik. Tawakkal saja bertawaf . Alhamdullilah habis juga sehingga 7 pusingan,solat sunat tawaf dan sa'ie serta bertahallul.(mak kenalah saya bacakan doa dia ikut).Hari-hari berikutnya kami solat berjemaah tiap waktu solat di Masjidil Haram.Tiap kali ke masjid mesti pimpin mak.Suami pesan jaga mak baik-baik, jemaah dah makin ramai takut mak tercicir kesihan dia.Memanglah mak ikut saja kemana saya bawa.


Hari ketiga,datang lah 2 orang pegawai muassasah.Yang sorang rupa Melayu tapi tak tahu berbahasa Melayu.Yang sorang memanglah sah Arab.Rupanya dia 2 beradik tapi berlainan ibu.Seorang mak Arab yang sorang lagi mak Indonesia.Mereka bertanya tak pergi buat umrah ke.


Jawab saya memang nak pergi tapi tak tahu naik bas atau teksi kat mana.Baik pula budinya,dia beri tahu ada stesen bas dekat-dekat dengan istana. (Saya pun tak buang masa maklumkan pada suami).


Esok lepas solat subuh kami beranikan hati, dengan pakaian ihram,pergilah mencari stesen bas,alhamdullilah jumpa.Nasibbaik juga yang jual tiket tu boleh berbahasa Inggeris.Untuk pertama kali kami pergi ke Tana'iem bermiqat.Dia tunjukkan basnya.naik bas jemaah lelaki di bahagian depan ,jemaah wanita di belakang.pada saya tak kisahlah tu.(mak tak ikut katanya tak kuat, masa tu pun umurnya dah 75 tahun).


Sampai di Tana'iem suami pesan lepas sembahyang sunat dan berniat ihram tunggu dia .(dah pilih tempat sesuai).Lepas je solat dan berniat ihram saya pun tunggulah suami ,kebetulan ada jemaah dari Indonesia.datang lah sorang pak arab,katanya :hajjah,haram.Lah apa pulak yang haram ni.Rasanya saya tak buka aurat,kebetulan tengok jemaah Indonesia pakai telekung pendek je dan ada yang tak pakai sarung kaki(ingat dalam hati agaknya jemaah ni tak tutup aurat).


Saya beralih ketempat lain,bersama-sama dengan jemaah Pakistan atu India,(saya tak pasti). Datang lagi pak Arab lain:Hajjah ,haram.Eh haram lagi,agaknya jemaah ni agaknya:mereka tak pakai telekung macam jemaah Malaysia.Mereka pakai tudung biasa dan tak bersarung kaki. Yang nampak rambut pun ada. Agak mazhab mereka begitu. Saya pun tak pandai nak menilai.Saya bergerak ketepi jalan pulak.Kebetulan berdekatan dengan bas.Pemanduya orang Indonesia:Haram bu .Lah haram lagi,apa kenanya nya.tak puas hati pergi juga tanya:haram tu apa?Masjidilharam bu.Oh barulah faham.


Saya pun cepat pergi ketempat dijanjikan dan suami pun dah menuggu.Kami pun terus cari bas ke Mekah dan terus ke Masjidilharam selesaikan ibadat umrah.Dalam perjalan balik ke tempat penginapan saya pun cerita kesah haram tadi.


Selepas tu berjumpa pula dengan ustaz tempat kami belajar sebelum ke Makkah.Ikut pula dia dan kumpulan berziarah dan buat umrah.Sejak hari tu ,sementara menunggu hari Uquf kami pergilah buat umrah selang sehari.(miqat diTana'iem,Jaaranah dan sekali di Hudaibiyah). Syukur alhamdullilah.


Rasa nya setakat ni dulu. Lainkali cerita Uquf di Arrafah pula.Rasa nak sertakan gambar tapi tak sempat nak cari gambarnya.













































1 comment: