Sunday, June 26, 2011

KEMBARA BALI 3








4Mei 2011


Hari ketiga kami di Bali.Selesai solat subuh,sarapan roti & sambal bilis(bekalan ).
Sementara menunggu pak supir,anak bujang sorang ni sempat ke pantai tak jauh dari resort
Pukul 9;30 kami mulakan perjalanan ke Danau Beratan /PuraUlundanu.Perjalanan ke sana melalui kawasan berbukit dan sawah( teres). Udaranya segar.Kiri kanannya kawasan perkampungan,dusun,kebun sayur dan hutan.Terasa damai.
Danau Beratan, kawasan tasik dan ada puranya juga.Pura Ulundanu.Bayaran masuk 10 000 rp seorang .Sempat jugalah bergambar.Ramai pengunjung terutama dari Eropah dan seangkatan dengannya
Dapat ambil gambar atap dibuat dari daun lalang.Rapi dan kemas buatannya.(menurut pak supir,kalau akar yang tak berguna di tempat lain tetapi bila dibawa ke Bali,berguna jadinya.memang mereka tahu nilai seninya, dan katanya lagi yang kita beli adalah seninya

Tak sedar masa berlalu ,terdengar azan dari masjid berdekatan.Kami solat dzuhur(jamak).Selepas itu mencari rumah makan
Makan tengahari di Bedugul (Rice Terrace Pacung).Pantau dulu makanannya.Alhamdulillah halal.
Sambil makan menikmati pemandangan yang cantik,anugerah Allah S.W.T.Terasa kerdilnya kita
dan sesungguhnya kita bersyukur di atas rahmat dan nikmatnya.Harga makanan untuk 3 orang,RM60.

Selepas itu kami ke Sangeh.Menurut pak supir,banyak monyet yang jinak.apapun adalah puranya.(pura Bukit Sari).Monyetnya memang jinak,siap naik atas kepala pula tu.Sekejap saja kami di situ.Yang seronoknya tengok barisan pokok-pokok.
Selepas itu ka Tanah Lot Temple .Hari pun dah petang.Bila sampai pintu masuknya ada gerai-gerai.Biasalah ada macam-macam kraf tangan dan pakaian macam kat Pengkalan Kubor atau rantau panjang.
Kawasan ni di tepi laut. Mengadap pantai. Pandangan memang cantik, tetapi yang rimasnya ada pura lagi.Ramai pelancong terutama mat saleh lah.Pak supir kata kita tengok matahari terbenam.Bila lihat pandangan menghala ke laut.Memang teruja dan terasa betapa agungnya ciptaan Allah.Ramai yang menunggu nak merakam gambar matahari terbenam.Sayangnya tak berapa jelas cuaca tak elok.
Masuk waktu maghrib kami niat jamak takhir.Kami balik ke resort.Dalam perjalanan sempat singgah Semiyak roti canai. Suami saya siap interview tukang tebar roti canai.Katanya dia belajar di warung roti canai kat Malaysia.Waduh waduh tebar roti canai pun belajar kat Malaysia.

Suami saya memang tak boleh jumpa warung roti canai.Pak supir pula melayannya.Sekeping roti canai kosong dengan kopi harganya Rp 6000.
Selepas itu kami pun balik ke resort.Berehat untuk perjalanan esok 5 mei 2011
Tunggu catatan lagi.

Tuesday, June 14, 2011

PERCUTIAN BALI 2

3 Mei 2011.

Hari kedua.Dari resorts pukul 8:30 pagi.
Pak supir nak bawa kami menonton Tari Barong,kami tak berminat nak menontonnya.Kami d
i bawa Ke GALUH, pusat batik .Melihat lukisan-lukisan batik,kain batik dan kain tenun (samarinda Bali). Cantik dan harga pun sesuai dengan hasilnya.Selepas itu singgah pusat jualan,kami beli sedikit oleh-ole utk di bawa pulang.
Kemudian ke Celuk Village Gold and Silver Smith. Kraf dari perak,di jual dalam USD. dan harganya memang tinggi.Kami pun tak berminat aksesori ni.Sekejap saja dan teruskan perjalanan ke Pura Wisat Goa Gajah.Kami tak masuk,sebab dari luar dah nampak pura je.Teruskan perjalanan mencari rumah makan yang halal.Makan tengahari di Kintamani.Sambil makan menikmati pandangan Gunung Batur(gunung berapi masih hidup).Akhir sekali meletup 100 tahun yang lalu.Tapi sayang tak berapa jelas sebab hujan.
















Selepas makan kami solat Dzuhur (jamak Takdim) di Masjid berdekatan Masjid Mujahiddin Kintamani.).
Selepas itu menyusur lereng gunung sebab nak tengok jarak yang paling dekat dengan Gunung Batur.Nampaklah kawasan yang masih lagi ada lavanya.Kemudian pergi bersantai di kebun kopi Bali.Minum kopi Bali percuma .Rasa kopinya sedap percuma pula.Saya beli juga serbuk kopi untuk ole-ole.
Perjalanan hari ini selama 10 jam.Balik ke resorts .Rehat .Solat Maghrib jamak dengan Isyak,makan malam roti dan sambal(bekalan dari Malaysia).
Catatan hari ketiga akan di sambung kemudian.

Monday, May 23, 2011

KEMBARA BALI





Percutian di Pulau Bali
Isnin 02 Mei 2011. Kami bertiga beranak,saya,suami dan anak bujang bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai,Den Pasar.Penerbangan dengan Air Asia.










Penginapan di taja oleh menantu
saya, Hisham. Alhamdulillah dan terima kasih pada Sham.Penginapan di Seminyak Suites.Perjalanan selama 5 hari 4 malam.
Penerbangan mengambil masa 3 jam.Kami menggunakan perkhidmatan Best Bali Car Rental termasuk pemandu.Kos IDR 1,920,000.Pemandu (pak supir) bernama Pak Andy.Hati terasa senang juga sebab dia beragama Islam.
Selesai urusan di lapangan terbang kami ke tempat penginapan .Sibuk saja kami 3 beranak pandang kanan kiri.Waktu tu jalan raya sibuk dengan kenderaan tetapi pemandunya berdisiplin.
Gambaran pertama di rumah-rumah dilengkongi tembok batu.
Info dari pak Andi ;penduduk Bali terdiri dari Agama Hindu,Islam,Kristian dan Budhha.Yang paling ramai,agama Hindu.Penduduk Agama Islam dah semakin ramai,sebab ramai pendatang dari Pulau Jawa.(pak Andy juga berasal dari Pulau jawa.(isterinya orang Bali ,sebelum berkahwin dengannya beragama Hindu.)
Kami dihantar ke Seminyak Suites(tempat penginapan)Daftar masuk dan dihantar ke bilik.Tempat memang aman dan jauh dari hiruk pikuk. nampaknya ada 3 keluarga saja yang menginap termasuk kami.Mat saleh nampaknya.Ramah juga mahu bertegur sapa.waktu asar dah penghujung ,tak banyak cerita lagi ,solat dulu(Jamak takhir).Duduk sekejap dah maghrib.Anak bujang azan dan kami bertiga beranak solat maghrib dan isyak(jamak takdim).selepas itu makan malam( bekalan nasi impit berlaukkan sambal di keringkan)Tak nampak lagi kedai makan halal.Itulah maka malam kami bertiga beranak.Lepas tu ronda-ronda dalam kawasan resort.Rasa mengantuk. Tidur sebab besok nak meronda di pulau.
Setakat ini dulu. Catatan akan disambung kemudian.

Sunday, March 20, 2011

sembang-sembang dengan Dhyia


Dhyia Sofiya; nama cucu saya.Biasalah bebudak tengah membesar memang suka bertanya.
Saya dan suami menemani anak dan 2 orang cucu kerana menantu outstation.Kesihan pulak dengan bayi dan anak berumur 2 tahun lebih.Kami menemani anak dan cucu waktu malam saja.Hari bekerja ,anak saya ketempat kerja dan anaknya(cucu saya) dihantar kerumah pengasuh.Waktu siang kami tunggu rumah sajalah.

Bila petang barulah bebudak tu dibawa balik.Jadi waktu malam sajalah melayan cucu yang 2 orang ni.Yang bayi tu memanglah dah berulit dengan emaknya.Dapat susu tidurlah dia.Dhyia anak yang sulung ni memang suka berbual.Ada saja yang ditanya . Biasalah bebudak.
Suatu malam saya membaca majalah .Gambar-gambar baju pengantin.Agaknya sebab musim majlis kenduri kahwin.
Dhyia pun sama membacanya.Banyaklah gambar-gambar Busana Pengantin.macam-macamlah soalannya.
Tengok gambar baju pengantin laki-laki,ditanya :Apa ni nek.
Saya pun jawab; Ini baju penganti laki-laki.
Tambah lagi soalannya: Pasal dia kahwin nek.
Saya beritahu:Sebab dia dah besar.
Tengok pula baju pengantin perempuan,kebetulan baju yang dilihat tu Fesyen berkemban.
Dhyia: Ee eee.... nek pasal kakak ni pakai baju tak ada tangan.
Layanlah juga soalannya: Masa dia jahit baju, tangan baju dah hilang.Tak dapat jahit.
Dhyia :E ee eee..... kakak ni tak malu.Dhyia tak naklah pakai baju ni.
Buka lagi muka surat lain.Gambar baju ada tangan sebelah saja.
Dhyia: Nek , pasal baju ni macam ni.
Saya pun jawab; Masa dia jahit baju ni tangan baju dia hilang satu.
Dhyia: Baju ni pun Dhyia tak nak.
Berbalik pasal fesyen baju ;saya pun terfikir juga,budak-budak besar ni pandai menilai fesyennya.
Kalau di fikir betul juga.Walaupun soalannya memang ikut kemampuan bahasanya.Tetapi realitinya dia faham kenapa tak di murnikan fesyennya.Maksud saya bukanlah semuanya fesyen berkemban atau baju bertangan sebelah.Baju pun OKU juga ke.

Mungkin selera orang tak sama.Kemungkinan juga......

Moga pemakainya orang bukan Islam.Kerana kaum muslimat berpakaian menutup aurat.Saya pun bukan pandai bab-bab ni.Tapi logiknya begitulah.
Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T.

Monday, February 21, 2011

Wajik kampung Tengah,Sauk,Kuala kangsar.






Gotong royong sediakan wajik.

Sebagai memenuhi janji nak paparkan gambar warga wanita gotong royong masak wajik.
Inilah gambarnya.
Proses
pertama:kukuskan pulut.Semuanya mesti dah tahu macamana nak kukus pulut.
Gambar sebelah ni,proses kedualah tu.
Gula pasir dimasukkan kedalam kawah,tunggu sehingga ada tanda perang pada gula.Tuangkan sedikit santan .Di kacau-kacau dengan sudip kayu.(centong).Tunggulagi sehingga timbul warna perang dan ulang proses yang sama.
Ulang proses yang sama sehingga semua gula tadi menjadi perang.Masukkan santan dan menjadi cair.Kacau sehingga pekat dan perang gelap.Masukkan pulut yang telah dikukus.Masak hingga pekat.Cakap senang je tetapi nak buatnya,hanya yang dah buat je tahu.Dengan asap kayu api.Memang mencabar.Tahniah kepada kaum ibu yang telah berjaya.

Friday, January 21, 2011

Selamat Pengantin Baru

Wajik kuih wajik kalau berat letak balik......

Ha... kalau veteran seangkatan saya tentu ingat.Lagu nyanyian allahyarham Zainudin Mohd Dom.
Lagunya Alah emak kawinkan aku (kalau tak silap).
Bukannya nak cerita pasal lagu tapi nak cerita juadah tradisional yang mungkin generasi sekarang tak suka memakannya.Manisnya tak tahu nak cakap.Kalau penyakit diabetis dinasihatkan jangan makan.
Inilah ceteranya (kata orang Kedah).
Pada Disember lepas (2010),saya ,suami dan cucu seramai 4 orang ke Kampung Sauk Kuala Kangsar, meraikan majlis perkahwinan cucu saudara.Kami berenam pergi 2 hari sebelum majlis.
Anak-anak yang lain pergi pada hari langsung.
Yang hebatnya semangat gotong royong jiran sekampung serta saudara mara.barulah terfikir sebab anak saudara saya nak buat kenduri di Kampong.(Sebenarnya mereka tinggal di Skudai JB.Tetapi kendurinya di kampong Sauk.Sebab mengenangkan saudara mara tak dapat meraikan majlis di Johor ).
Antara juadah yang mereka buat secara bergotong royong yang saya nak ceritakan.Saya pun tak pandai juga membuatnya. kalau dodol tu tahulah juga.Arwah mak memang rajin membuat pulut kacau(rupanya sama macam wajik tetapi caranya ada kelainan sikit).
Dengan muka selamba dapatlah saya lihat cara membuat wajik ni.Bahan-bahannya beras pulut,gula pasir dan santan.Bahannya memang tidak membebankan,proses membuatnya yang perlukan sekurang-kurangnya 2 orang.
Juadah tradisional ni memang perlukan semangat gotong royong.ada juga gambarnya ,nantilah akan dipaparkan kemudian.