Sunday, March 20, 2011

sembang-sembang dengan Dhyia


Dhyia Sofiya; nama cucu saya.Biasalah bebudak tengah membesar memang suka bertanya.
Saya dan suami menemani anak dan 2 orang cucu kerana menantu outstation.Kesihan pulak dengan bayi dan anak berumur 2 tahun lebih.Kami menemani anak dan cucu waktu malam saja.Hari bekerja ,anak saya ketempat kerja dan anaknya(cucu saya) dihantar kerumah pengasuh.Waktu siang kami tunggu rumah sajalah.

Bila petang barulah bebudak tu dibawa balik.Jadi waktu malam sajalah melayan cucu yang 2 orang ni.Yang bayi tu memanglah dah berulit dengan emaknya.Dapat susu tidurlah dia.Dhyia anak yang sulung ni memang suka berbual.Ada saja yang ditanya . Biasalah bebudak.
Suatu malam saya membaca majalah .Gambar-gambar baju pengantin.Agaknya sebab musim majlis kenduri kahwin.
Dhyia pun sama membacanya.Banyaklah gambar-gambar Busana Pengantin.macam-macamlah soalannya.
Tengok gambar baju pengantin laki-laki,ditanya :Apa ni nek.
Saya pun jawab; Ini baju penganti laki-laki.
Tambah lagi soalannya: Pasal dia kahwin nek.
Saya beritahu:Sebab dia dah besar.
Tengok pula baju pengantin perempuan,kebetulan baju yang dilihat tu Fesyen berkemban.
Dhyia: Ee eee.... nek pasal kakak ni pakai baju tak ada tangan.
Layanlah juga soalannya: Masa dia jahit baju, tangan baju dah hilang.Tak dapat jahit.
Dhyia :E ee eee..... kakak ni tak malu.Dhyia tak naklah pakai baju ni.
Buka lagi muka surat lain.Gambar baju ada tangan sebelah saja.
Dhyia: Nek , pasal baju ni macam ni.
Saya pun jawab; Masa dia jahit baju ni tangan baju dia hilang satu.
Dhyia: Baju ni pun Dhyia tak nak.
Berbalik pasal fesyen baju ;saya pun terfikir juga,budak-budak besar ni pandai menilai fesyennya.
Kalau di fikir betul juga.Walaupun soalannya memang ikut kemampuan bahasanya.Tetapi realitinya dia faham kenapa tak di murnikan fesyennya.Maksud saya bukanlah semuanya fesyen berkemban atau baju bertangan sebelah.Baju pun OKU juga ke.

Mungkin selera orang tak sama.Kemungkinan juga......

Moga pemakainya orang bukan Islam.Kerana kaum muslimat berpakaian menutup aurat.Saya pun bukan pandai bab-bab ni.Tapi logiknya begitulah.
Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T.

Monday, February 21, 2011

Wajik kampung Tengah,Sauk,Kuala kangsar.






Gotong royong sediakan wajik.

Sebagai memenuhi janji nak paparkan gambar warga wanita gotong royong masak wajik.
Inilah gambarnya.
Proses
pertama:kukuskan pulut.Semuanya mesti dah tahu macamana nak kukus pulut.
Gambar sebelah ni,proses kedualah tu.
Gula pasir dimasukkan kedalam kawah,tunggu sehingga ada tanda perang pada gula.Tuangkan sedikit santan .Di kacau-kacau dengan sudip kayu.(centong).Tunggulagi sehingga timbul warna perang dan ulang proses yang sama.
Ulang proses yang sama sehingga semua gula tadi menjadi perang.Masukkan santan dan menjadi cair.Kacau sehingga pekat dan perang gelap.Masukkan pulut yang telah dikukus.Masak hingga pekat.Cakap senang je tetapi nak buatnya,hanya yang dah buat je tahu.Dengan asap kayu api.Memang mencabar.Tahniah kepada kaum ibu yang telah berjaya.

Friday, January 21, 2011

Selamat Pengantin Baru

Wajik kuih wajik kalau berat letak balik......

Ha... kalau veteran seangkatan saya tentu ingat.Lagu nyanyian allahyarham Zainudin Mohd Dom.
Lagunya Alah emak kawinkan aku (kalau tak silap).
Bukannya nak cerita pasal lagu tapi nak cerita juadah tradisional yang mungkin generasi sekarang tak suka memakannya.Manisnya tak tahu nak cakap.Kalau penyakit diabetis dinasihatkan jangan makan.
Inilah ceteranya (kata orang Kedah).
Pada Disember lepas (2010),saya ,suami dan cucu seramai 4 orang ke Kampung Sauk Kuala Kangsar, meraikan majlis perkahwinan cucu saudara.Kami berenam pergi 2 hari sebelum majlis.
Anak-anak yang lain pergi pada hari langsung.
Yang hebatnya semangat gotong royong jiran sekampung serta saudara mara.barulah terfikir sebab anak saudara saya nak buat kenduri di Kampong.(Sebenarnya mereka tinggal di Skudai JB.Tetapi kendurinya di kampong Sauk.Sebab mengenangkan saudara mara tak dapat meraikan majlis di Johor ).
Antara juadah yang mereka buat secara bergotong royong yang saya nak ceritakan.Saya pun tak pandai juga membuatnya. kalau dodol tu tahulah juga.Arwah mak memang rajin membuat pulut kacau(rupanya sama macam wajik tetapi caranya ada kelainan sikit).
Dengan muka selamba dapatlah saya lihat cara membuat wajik ni.Bahan-bahannya beras pulut,gula pasir dan santan.Bahannya memang tidak membebankan,proses membuatnya yang perlukan sekurang-kurangnya 2 orang.
Juadah tradisional ni memang perlukan semangat gotong royong.ada juga gambarnya ,nantilah akan dipaparkan kemudian.

Thursday, December 30, 2010

Lawatan sambil belajar

9 Disember 2010
Kisah saya bersama suami(ayahdia) ke Langkawi atas tiket Kelab Keluarga Masyarakat Malaysia Bhd.(kami berdua baru jadi ahli.Pada mulanya mengikut rancangan Tn Kamarul(tn Presiden kelab) nak naik keretapi.Kata ayahdia bagus juga dah lama tak naik keretapi.Seronok juga naik berkumpulan.Jadi nampaknya.
Kecewa pula pulak.tak jadi naik keretapi.Tiket dah habis sebab cuti sekolah.Naik bas nampaknya.
Dari M'ka naik kereta.Tiba Sepang rumah anak,Menantu hantar ke Hentian Duta.Pakej 12 orang.Naik bas 2 tingkat.Sani ekspres.Dari KL pukul 11 mlm.
sampai pukul 6:30 (lebih kuran
g).

Naik feri pukul 8 pagi.
Sampai jeti Kuah ke hotel Tn Kamarul sewa van.Hotel Langkawi View.Ok lah.Lagi pun di taja.
Nak check in hotel tak boleh sebab masih awal lagi. Tumpang beg saja dan le[as tu aktiviti jalan-jalan cari makan.Hujan pula tu.Pusing je pulau lagi pun warga mas berjalan.Yang sakit kaki,lenguh badan.Singgah beli produk gamat je.Balik hotel dn check in pukul 1 petang.Lepas solat jalan-jalan lagi.Yang bagus

nya singgah makan goreng pisang,keledek ,karipap dan mi goreng.ayahdia belanja mi .
goreng pisang,karipap da
n mi goreng.
Singgah di Cabel car.Konon nak naik .ha
i punya ramai manusia.Termasuklah kami.Baris panjang sekali.Batal je.Tengok orang naik je.Melopong nampaknya.
Lepas tu pergi pekan Kuah,nak beli belah.Dah janji sebelum pukul 7 malam mesti balik sebab nak pulangkan van.Ada pulak yang buat hal.Entah apa di beli.macam-macam hal.
Sampai hotel sol
at maghrib jamak dengan Isyak. Makan dan ke dewan untuk taklimat kursus.Seronok juga dah lama tak kursus.Perasan pulak.

Esoknya 10 Nov. kursus.Jangkanya sampai pukul 6;30 tapi di pendekkan. Separuh hari saja.Separuh lagi sambung malam.
Lepas makan dan solat. saya dan suami pergi beli belah.Tapi beli coklat dan t shirt utk cucu je.

(Suami dah ingatkan jangan beli pinggan mangkuk tak ada siapa yang nak bawa).Kira-kira pun kalau di usia kita ni nak beli barang-barang tu pun tak berbaloi,nak bawa satu cerita,harga pun di campur tolak jadi mahal juga.(sebab penat dan masalah nak bimbit).
11 Nov balik ke Kuala Perlis naik feri.Sampai dah ada kumpulan yang menunggu.Baiknya hati kawan-kawan kelab.terima kasih pada mak long,pak long.pn Maziah serta suami.Kami di bawa ke Alor Setar ke homestay.
Malam lepas solat pergi makan malam di rumah pn Maziah .Tak di jangka ramai pula yang datang meraika
n kami dan majlis menambah meraikan ahli kelab baru.\
12 Nov pagi .Lepas sarapan pergi Pekan Rabu Alor Setar. Pak long,mak long,pn Mazaiah dan Cik Gu M
ohamad nak bawa jalan-jalan tapi dah malas.Pergi je ke rumah Mak long makan tengahari dan lepas solat zohor ke Sahab Perdana( setesen bas ekspres). Kami naik bas juga balik ke Kl.Tak dapat naik keretapi juga sebab perjalan ke KL waktu malam.
Walau bagaimanpun memang seronok sesekali berjalan dengan kawan-kawan yang tak banyak kerenah.terima kasih kepada Kelab Keluarga Masyarakat Malaysia dan tn Kamarul serta isteri Pn, Dr Zaidah.lain kali kalau ada peluang kami nak ikut lagi.Tengok lah gambar kenangan.















Tuesday, December 7, 2010

Siapa dia itu?....







1430 Hijrah
29 Oktober 2009 saya dan suami menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji.Alhamdulillah syukur.Coretannya nanti akan di paparkan.Buat masa ni belum ada idea

Adalah gambar-gambar yang dirakam.Cuba tengok, siapa dia ni.
Hm ini wira padang pasir.Menunggu kalau ada yang nak bergambar bersamanya.
Rasanya pengantin pun boleh bergambar dengan si cantik manis ni.
Selesai mengerjakan ibadah haji,sementara nak balik ,selain menunaikan umrah,kami buat lawatan kebeberapa tempat.Satu daripadanya ladang unta.

Kalau kita tengok kaki unta ni kecil saja kalau dibandingkan dengan badannya.Memang tak munasabah.tapi itulah kurniaan Allah S.W.T kepadanya.
Rakaman gambar di teruskan.Amboi cantik .
Lihat lagi apa ceritanya.....
Di sana dapatlah ambil gambar,bukan itu saja minum susunya.Mulanya rasa tak berani nak minum takut tak tertelan.Harga se botol 5 Riyal. Memang sedap.Kalau susu kambing berbau juga,susu unta tidak pula.

(Gambar peladang sedang memerah susu unta.Dan disebelahnya buih susu unta selepas di tapis).
Lihatlah gambarnya lagi.
Satu dari aktiviti.Cuci muka dengan buih susu unta.Semua mencubanya termasuklah saya.
Selepas itu masing-masing membeli pula beberapa botol susu.Saya pun tidak terkecuali.


Bawa balik ke tempat penginapan dan simpan dalam peti sejuk.Tau apa di buat dengan susu unta tu.Selain diminum,mandi susu pulak.Syampu rambut dengan susu unta.Kata kawan sebilik rasanya orang arab pun tak SPA dengan susu unta.Yalah nak cuba.Hasilnya memang memuaskan.
Lihat lagi aktivi pak haji ni...

( Ini bukan penternak unta.)
Ini lebih dari penternak unta.


Biarlah saya berhenti setakat ini.Coretan ini hanya sebagai kenangan.
















































































































































Sunday, December 5, 2010

Keindahan Anugerah Allah....










Gambar ini dari beberapa lokasi dalam perjalanan saya dan suami kepantai timur,melalui Mersing,ke Kuantan,Kuala Terengganu,Kota Baharu,menghala kepantai barat melalui jalan timur barat.Pergi ke Baling keSeberang Prai,ke Tasik Bukit Merah seterusnya ke Taiping .
Banyak lagi gambar yang menarik.
Syukur,alhamdulillah atas anugerah Allah mencipta keindahan unyul hambaNyahambaNya.
Muhasabah diri kita dan bersyukur di atas rahmatNya.Sesiapa yang berminat tentu akan mencubanya.Tempat bermalam,makan dan berehat tidaklah hotel 5 bintang.Bersolat di masjid-masjid bila tiba masuk waktu.Sementara Allah memberi rezeki,tenaga dan kesihatan yang baik,kami berusaha untuk menyusuri keindahan bumi Malaysia.Pengalaman yang tidak boleh dibeli.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan bulan berjihad...


8 Ramadhan 1431hijrah

Alhamdullilah hari ini masuk hari ke 8 berpuasa.
Nak jadikan cerita tahun ni pegang puasa (saya dan suami )di rumah ati (anak ketiga).Nak kirakan samalah di rumah ina(sebab rumah mereka berdekatan). Sebenarnya rancangan nak pegang puasa di rumah saja,tapi dak ati buat hal pulak.Dah sakit nak bersalin.Jadi pergi juga lah kerumahnya.Tapi tak jadi pulak.baby tu nak lahir bulan Ramadhan lah agaknya tu.
Malamnya saya ,suami dan sham(menantu),ina dengan suami dan 2 orang anaknya kemasjid bertarawih dimasjid di Bandar Baru Salak Tinggi.Imamnya hafiz muda.Alhamdullilah sekarang dah ramai bebudak kita muda-muda dah hafiz.

Kami bersahur pukul 4:45.Sebelum tu dah bangun.Alhamdullilah dapat juga solat tahajjud,taubat dan hajat.
Hari pertama puasa berbuka sederhana saja.Saya dan suami memang dah biasa begitu.Anak-anak pun terikut-ikut dengan cara kami berdua.Berbuka puasa dirumah ati.Ina datang ke rumah ati bawa nasi,lauk dan karipap.Kami sekeluarga berbuka,dapatlah berbuka dengan anak ,menantu dan cucu .Terasa pulak kurang satu keluaraga ,Atun di Melaka.

Hari ketiga puasa kami berdua balik kerumah selepas solat Tarawih .Syukur alhamdulliah dapat solat tarawih berjemaah ,2 malam di Masjid bandar Baru Salak Tinggi ,satu malam di masjid Salak Tinggi dan satu malam lagi dalm perjalanan balik singgah di Nilai .
Hari keempat puasa dah rasa nak demam,selesema,batuk dan asma pulak tu. Allah saja yang tahu risaunya,tapi sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T janganlah jadi apa-apa,nak demam ke ,asma ke janji dapat teruskan puasa.malam ke 5 pergi juga solat tarawih di surau,kuatkan semangat.

Anak bujang saya ( Amin) pun ada balik hari tu.Hari ke ke 5 puasa atun ,suami dan anak-anak nya berbuka di rumah.Dalam tak sihat tu buat juga juadah berbuka.Saya ni memang suka memasak kalau ada tukang makan.
Malam ke 6 dan ke 7 tak gi solat tarawih di rumah sendirian saja.Tak daya nak pergi surau.
Hari ini kena serangan asma.Tapi sayang nak berbuka.Teruskan juga berpuasa.nak melupakan rasa sakit tu, bermunajat kepada Allah S.W.T semoga di kuatkan semangat dan dapat meneruskan puasa. bertawakkal buat juga solat sunat tarawih sendirian di rumah.Tak daya berdiri solat sambil duduk. rugi rasanya tak buat. Setahun sekali saja datangnya Ramadhan.Saya bersyukur kerana Allah memberi taufik dan hidayahnya.

Lepas solat terus pergi klinik .Alhamdullilah, Allah maha penyayang dah ok rasanya.Malamke 8 dapatlah solat berjemaah di surau. tapi buat 8 rakaat saja.Apa pun dapatlah juga buat.Saya berdoa Allah memberi kekuatan dapat solat tiap-tiap malam berjamaah di surau atau masjid seperti tahun-tahun sebelum ni.Nampaknya kami berdua saja di rumah. Sediakan juadah ala kadar saja, sebab lepas berbuka pergi solat isyak dan solat sunat tarawih di surau atau masjid .
Nampaknya tahun ini bukan saja berpuasa di rumah saja ,dua tiga hari berulang alik ke Sepang.

Jadi bersolat sunat Tarawih di Sepang juga. Memang terasa kemeriahannya sebab dapat bersolat di banyak masjid.

Alhamdullilah.Ati bersalin pada 2 September 2010.Cucu laki-laki nampaknya.Orang Melaka kata orang serambi.Hari tu hari 23 Ramadhan (Amir Safuan namanya).Asyik berulang alik tak terasa dah nak sambut Syawal. Semoga Allah S.W.t menerima semua ibadah kami sekeluarga dan seluruh umat Islam.Amin.




30 Ramadhan melabuhkan tirainya.Selepas berbuka , para suami,anak-anak laki-laki ke Masjid solat Isyak dan bertakbir dari rumah ke rumah.Terasa kemeriahan menjelangnya Syawal.
Teringat masa atun dan ina bersekolah rendah,mereka di bawa guru-guru berkunjung kerumah rumah disekitar kawasan sekolah,marhabban beramai-ramai.Satu amalan yang baik tapi sekarang mereka dah berkeluarga harap di sambung amalan yang baik itu.

Ramadhan datang dan pergi ,hanya Allah S.W.t yang tahu samada kita dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang.