Monday, April 11, 2016
Friday, August 8, 2014
Meniti Senja
Alhamdulillah,syukur ke hadzrat Ilahi,saya dapat mencoretkan sedikit catatan untuk tatapan anak, menantu dan cucunda.
Hari demi hari usia saya dan suami bertambah angkanya.
Usia perkahwinan kami pun menginjak masa.
Masa tahun pertama,kami berdua.Tahun demi tahun Allah memberi rezeki.kami berdua dianugerah Lima cahaya mata,tiga puteri dan dua putera.
Norzahtuladha,Norzahrina,Nurzahwani,Muhamad Nurul Amin dan Muhamad Nurul Azizi anakanda kami berdua.
Kita tidak boleh menjangka ,Allah lebih sayangkannya.Dalam usia sebelas bulan dua minggu ,Azizi meninggalkan kami buat selamanya.Kami redha atas ketentuanNya.Allah maha mengetahui.
Tahun demi tahun berlalu.Anak-anak meningkat dewasa,melalui zaman persekolahan,bekerjaya dan berkeluarga.
Kini saya dan suami berdua kembali.Di awal perkahwinan,di usia awal dua puluhan kami berdua,kini dalam usia enam puluhan kembali berdua.Alhamdulillah anak cucu tetap menziarahi,walaupun berjauhan.Kami faham keadaan mereka,dalam kesibukan mengurus kerjaya dan keluarga masih ada masa mereka untuk kami berdua.Lebih bersyukur ,menantu -menantu yang pandai membahagi masa untuk kami mertua mereka dan ibu bapa dan saudara mara mereka.Kami faham kerana tidak perlu tamak haloba.
Bila ada kelapangan,keadaan mengizinkan kami pula yang menziarahi mereka.
Di usia begini ,tidak mampu rasanya menguruskan tanaman yang tidak seberapa.Gerak langkah tidak lagi sepantas di usia muda.Kesihatan pun semakin menurun.Klinik menjadi tempat rujukan setia.
Di usia meniti senja,
Kepada Allah kami berdoa,memberi kesempatan kami bertaubat dan bermuhassabah diri."Anugerahkanlah kami kekuatan iman,sihatkan kami agar dapat mengurus diri tidak menyusahkan anak-anak, Dapat bersolat dengan sempurna,tidak jadikan hati keras seperti batu,sentiasa ingat beramal ibadat.jauhkan diri dari perbuatan munkar.Mengeratkan silaturrahim dan tidak berburuk sangka."
Kami memohon kepada mu,Allah yang esa,sentiasa mengingati mu dalam usia meniti senja.
Insha Allah jika diizin Allah,akan ada sambungannya lagi.
Thursday, January 2, 2014
Mengisi Ruang Yang Ada
DARI MANA PUNAI MELAYANG.
Jangan salah faham dengan baris pertama pembayang pantun ini.Ini hanya ungkapan pengenalan sahaja.
Tujuan saya cuma ingin memaparkan salah satu aktiviti saya dan suami.
Suami ingi mencari sebuah 4x4 yang sesuai untuk kami bersantai bersama dan kalau ada peluang bersama anak-anak dan cucu.
Yang mampu dibeli sebuah Suzuki Vitara terpakai.Rasanya sesuailah dengan kewangan kami berdua. Anak lelaki kami daftarkan menjadi ahli Kelab Vitara Malaysia.
Pengalaman pertama Offroad ke Kuala Kelawang: ke hutan tanpa persediaan rapi. Hanya bawa kelengkapan perkhemahan.Masa mengharungi sungai 4 wheel drive tidak berfungsi . Dengan bantuan rakan -rakan kereta berjaya di tarik menyeberangi sungai.Dari peristiwa itu dapat info dari kawan-kawan.Gear 4 wheel drive sudah lama tidak diaktifkan.Roda yang digunakan pun tidak sesuai untuk aktiviti masuk hutan.
Itu adalah cabaran pertama.Perlu diperbaiki dan penambahbaikan.Alhamdullilah, dapat tukar roda dari tayar biasa( istilah rakan-rakan Vitara Tayar Sotong) ke tayar besar sedikit,tayar Silverstone AT.Tambah sebuah khemah yang boleh muat 6 orang.
Aktiviti ini memang memenatkan tetapi menjadikan sihat fizikal dan mental.Bayangkan tempat aktiviti adalah didalam hutan.Jalannya yang berlekuk,berlubang, berbatu dan ada anak air .Meredah sungai.Bila berada di dalam khemah dan bertemu dengan rakan-rakan,memang gembira.Syukur Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambanya.Apa yang kita dapat adalah kepuasan dan bersyukur akan kebesaran Allah .
Mandi di sungai yang airnya tidak tercemar,menghirup udara bersih tidur di dalam khemah yang serba kekurangan.Pengalaman yang mengajar kita supaya sentiasa bersyukur.
Pengalaman pertama bersama rakan-rakan Vitara menjadikan kawasan hutan sebagai tempat bersantai menjadikan kami menunggu aktiviti seterusnya.Saya akan memaparkan pengalaman aktiviti seterusnya.
Friday, August 23, 2013
BEREMBANG BUAH PEDADA
Terkenang semasa dulu....
Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada.
Adakah gila bagi mu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
Ini adalah pantun orang-orang tua dahulu.
Saya bukanlah hendak bincangkan tentang pantun ini,saya bukanlah ahli tentang pantun.
Hanya bila menyebut perkataan berembang dan buah pedada teringat masa kecil di kampung.
Itulah buah-buah yang jadi kegemaran saya dan kawan-kawan.Selain itu buah nipah dan buah cermai.
Buah berembang,pedada dan nipah banyak tumbuh subur di pesisiran pantai bersama dengan pokok bakau,pokokjeruju,lenggadai api-api ,perepat(seperti yang dikenali dikampung saya) .Pokok bakau yang dikenali di kampong saya ada 2 jenis: bakau minyak dan bakau kurap.
Masa zaman sekolah rendah (darjah dua ,tiga dan empat).Memang nakal pun.Bila ada masa terluang balik dari sekolah ,lepas makan dan mengaji,bersama kawan seangkatan kami buat aktiviti mencari buah berembang dan pedada ( dikampung saya namanya buah gedabu).Kalau yang muda rasanya kelat,cari yang tua dah nak masak,rasanya masam.Kalau dah masak lembik pulak.Makan dicecah dengan garam.Kalau dibawa balik ke rumah boleh makan dengan kicap tetapi yang sedapnya walau dicecah garam lebih sedap sebab makan dengan kawan-kawan.Teringat pula buah pedada dicecah dengan sambal liat(sambal liat opah kawan saya).
Sambil itu kalau jumpa buah nipah ambil juga kalau ada bawa parang.
Selain itu bila musim Jabatan Hutan menanam bakau,kami buat sibuk juga;aktiviti cari buah bakau(bakau minyak).Cari di hutan bakau berdekatan kampung.Dan kadang ada kawan-kawan yang lebih besar dari kami ; ikut juga sebab mereka naik sampan. Lebih seronok lagi sebab dapat pergi jauh sikit.Biasanya dikumpul dan dijual.Dapatlah dalam 30 sen hingga 50 sen seorang.
Selain dari itu ikut orang dewasa,pergi cari lokan. biasanya ikut kumpulan emak.Emak-emak ni pula ada kumpulan cari lokan.Kami naik sampan.Biasanya pada cuti hujung minggu.Ada pula nama-nama sungai berdekatan kampung.Seingat saya nama-nama sungai yang di kenali orang-orang kampung saya :Sungai Buaya Tidur, Sungai Terus Timah,Sungai Penyegat Hitam.(nama sungai tidak pula rasmi atau tidak,ada ceritanya bagaimana namanya diberi.)
Beting Kering .(yang saya tahu).Saya tidak tahu siapa yang memberi nama-nama sungai ini.Kumpulan saya dan kawan-kawan bukannya mencari lokan.Kami ada agenda tersendiri.Mulanya memang ikut emak-emak ni cari lokan.Lepas itu kami patah balik ke sampan ;main dalam sungai.Memang kena marahlah dengan mereka.
Oleh sebab bapa saya pula bekerja dengan Syahbandar (Jabatan Laut).Saya ambil peluang juga ikut bapa
Saturday, January 12, 2013
LAWATAN KE BEIJING
LAWATAN KE BEIJING 2012
20Feb hingga 25 Feb 20
Salah sebuah Masjid di China.
Bersolat di salah sebuah Masjid.
Kami bersolat di Masjid Nujie,Masjid Ma Dian, dan Masjid Nandouya.
Bergambar bersama kaki tangan
China Radio Internasional Unit Bahasa Melayu..
Di sini terletak Summer Palace di mana terletak Taman Maharaja terbesar di China dibina zaman pemerintahan Maharaja Qinglong pada tahun 1751.
Tiram Mutiara
Di Fresh Water Pearl Center.
Great Wall Of Chinal
Kesempatan memanjat Tembok Besar China adalah menarik.Sayangnya saya dan suami mendaki tidak sampai ke puncak.Walaubagaimanapun mendaki juga.Tidak dibayangkan bagaimana rakyat China pada zaman dahulu membinanya.Mungkin bukan sahaja dengan tenaga tetapi dengan darah dan air mata.
Berlatar belakang Mercu Tanda Sukan Olimpik----Bird's Nest Stadium.Cuaca berkabus dan sejuk.Musim sejuk belum berakhir.Saya dan suami pakai baju sampai 3 lapis; masih sejuk lagi.
CATATAN PERJALANAN.
Pakej HYDRAMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD.
Penerbangan dengan AirrAsia Flight D7312 ke Tianjin.Pemandu Pelancung Mr Ma yang fasih berbahasa Melayu (Indonesia) .
Penginapan:YIHAI BUISNESS HOTEL.33XUEVYUAN SOUTHROAD,HAIDAN DIST,BEIJING.Dari Tianjin bertolak ke Beijing dengan Bas selama 1 jam 30 minit.Sepanjang perjalanan cuaca berkabus dan sejuk sebab masih lagi dalam musim sejuk(penghujung musim sejuk).
Selain tempat-tempat yang dipaparkan gambar,ada legi tempat-tempat lain.Antaranya:
Famous Silk Center...ramai yang berminat membeli belah di disini..
Free Foot Massage...sambil berurut mereka promosi ubatan herba China.
Jade Center dan Crystal Shop...Di sini pun ramai yang berminat.
Tea House..melawat dan menikmati Chinese Tea.
Jewelery Shop...pada hari itu berjumpa pengurusnya dan dihadiahkan setiap orang se biji loket jade
kerana pada hari itu isterinya melahirkan anak laki-laki pertama.(isterinya orang Malaysia).
Menurut keterangannya mendiang bapanya mempunyai lombong Jade di Burma
Penerbangan balik dengan Flight Air Asia D7-313di lapangan terbang Tianjin.
Sunday, June 26, 2011
KEMBARA BALI 3
4Mei 2011
Hari ketiga kami di Bali.Selesai solat subuh,sarapan roti & sambal bilis(bekalan ).
Sementara menunggu pak supir,anak bujang sorang ni sempat ke pantai tak jauh dari resort
Pukul 9;30 kami mulakan perjalanan ke Danau Beratan /PuraUlundanu.Perjalanan ke sana melalui kawasan berbukit dan sawah( teres). Udaranya segar.Kiri kanannya kawasan perkampungan,dusun,kebun sayur dan hutan.Terasa damai.
Danau Beratan, kawasan tasik dan ada puranya juga.Pura Ulundanu.Bayaran masuk 10 000 rp seorang .Sempat jugalah bergambar.Ramai pengunjung terutama dari Eropah dan seangkatan dengannya
Dapat ambil gambar atap dibuat dari daun lalang.Rapi dan kemas buatannya.(menurut pak supir,kalau akar yang tak berguna di tempat lain tetapi bila dibawa ke Bali,berguna jadinya.memang mereka tahu nilai seninya, dan katanya lagi yang kita beli adalah seninya
Tak sedar masa berlalu ,terdengar azan dari masjid berdekatan.Kami solat dzuhur(jamak).Selepas itu mencari rumah makan
Makan tengahari di Bedugul (Rice Terrace Pacung).Pantau dulu makanannya.Alhamdulillah halal.
Sambil makan menikmati pemandangan yang cantik,anugerah Allah S.W.T.Terasa kerdilnya kita
dan sesungguhnya kita bersyukur di atas rahmat dan nikmatnya.Harga makanan untuk 3 orang,RM60.
Selepas itu kami ke Sangeh.Menurut pak supir,banyak monyet yang jinak.apapun adalah puranya.(pura Bukit Sari).Monyetnya memang jinak,siap naik atas kepala pula tu.Sekejap saja kami di situ.Yang seronoknya tengok barisan pokok-pokok.
Selepas itu ka Tanah Lot Temple .Hari pun dah petang.Bila sampai pintu masuknya ada gerai-gerai.Biasalah ada macam-macam kraf tangan dan pakaian macam kat Pengkalan Kubor atau rantau panjang.
Kawasan ni di tepi laut. Mengadap pantai. Pandangan memang cantik, tetapi yang rimasnya ada pura lagi.Ramai pelancong terutama mat saleh lah.Pak supir kata kita tengok matahari terbenam.Bila lihat pandangan menghala ke laut.Memang teruja dan terasa betapa agungnya ciptaan Allah.Ramai yang menunggu nak merakam gambar matahari terbenam.Sayangnya tak berapa jelas cuaca tak elok.
Masuk waktu maghrib kami niat jamak takhir.Kami balik ke resort.Dalam perjalanan sempat singgah Semiyak roti canai. Suami saya siap interview tukang tebar roti canai.Katanya dia belajar di warung roti canai kat Malaysia.Waduh waduh tebar roti canai pun belajar kat Malaysia.
Suami saya memang tak boleh jumpa warung roti canai.Pak supir pula melayannya.Sekeping roti canai kosong dengan kopi harganya Rp 6000.
Selepas itu kami pun balik ke resort.Berehat untuk perjalanan esok 5 mei 2011
Tunggu catatan lagi.
Tuesday, June 14, 2011
PERCUTIAN BALI 2
Hari kedua.Dari resorts pukul 8:30 pagi.
Pak supir nak bawa kami menonton Tari Barong,kami tak berminat nak menontonnya.Kami di bawa Ke GALUH, pusat batik .Melihat lukisan-lukisan batik,kain batik dan kain tenun (samarinda Bali). Cantik dan harga pun sesuai dengan hasilnya.Selepas itu singgah pusat jualan,kami beli sedikit oleh-ole utk di bawa pulang.
Kemudian ke Celuk Village Gold and Silver Smith. Kraf dari perak,di jual dalam USD. dan harganya memang tinggi.Kami pun tak berminat aksesori ni.Sekejap saja dan teruskan perjalanan ke Pura Wisat Goa Gajah.Kami tak masuk,sebab dari luar dah nampak pura je.Teruskan perjalanan mencari rumah makan yang halal.Makan tengahari di Kintamani.Sambil makan menikmati pandangan Gunung Batur(gunung berapi masih hidup).Akhir sekali meletup 100 tahun yang lalu.Tapi sayang tak berapa jelas sebab hujan.
Selepas makan kami solat Dzuhur (jamak Takdim) di Masjid berdekatan Masjid Mujahiddin Kintamani.).
Selepas itu menyusur lereng gunung sebab nak tengok jarak yang paling dekat dengan Gunung Batur.Nampaklah kawasan yang masih lagi ada lavanya.Kemudian pergi bersantai di kebun kopi Bali.Minum kopi Bali percuma .Rasa kopinya sedap percuma pula.Saya beli juga serbuk kopi untuk ole-ole.
Perjalanan hari ini selama 10 jam.Balik ke resorts .Rehat .Solat Maghrib jamak dengan Isyak,makan malam roti dan sambal(bekalan dari Malaysia).
Catatan hari ketiga akan di sambung kemudian.
Monday, May 23, 2011
KEMBARA BALI
Percutian di Pulau Bali
Isnin 02 Mei 2011. Kami bertiga beranak,saya,suami da
Penginapan di taja oleh menantu saya, Hisham. Alhamdulillah dan terima kasih pada Sham.Penginapan di Seminyak Suites.Perjalanan selama 5 hari 4 malam.
Penerbangan mengambil masa 3 jam.Kami menggunakan perkhidmatan Best Bali Car Rental termasuk pemandu.Kos IDR 1,920,000.Pemandu (pak supir) bernama Pak Andy.Hati terasa senang juga sebab dia beragama Islam.
Selesai urusan di lapangan terbang kami ke tempat penginapan .Sibuk saja kami 3 beranak pandang kanan kiri.Waktu tu jalan raya sibuk dengan kenderaan tetapi pemandunya berdisiplin.
Gambaran pertama di rumah-rumah dilengkongi tembok batu.
Info dari pak Andi ;penduduk Bali terdiri dari Agama Hindu,Islam,Kristian dan Budhha.Yang paling ramai,agama Hindu.Penduduk Agama Islam dah semakin ramai,sebab ramai pendatang dari Pulau Jawa.(pak Andy juga berasal dari Pulau jawa.(isterinya orang Bali ,sebelum berkahwin dengannya beragama Hindu.)
Kami dihantar ke Seminyak Suites(tempat penginapan)Daftar masuk dan dihantar ke bilik.Tempat memang aman dan jauh dari hiruk pikuk. nampaknya ada 3 keluarga saja yang menginap termasuk kami.Mat saleh nampaknya.Ramah juga mahu bertegur sapa.waktu asar dah penghujung ,tak banyak cerita lagi ,solat dulu(Jamak takhir).Duduk sekejap dah maghrib.Anak bujang azan dan kami bertiga beranak solat maghrib dan isyak(jamak takdim).selepas itu makan malam( bekalan nasi impit berlaukkan sambal di keringkan)Tak nampak lagi kedai makan halal.Itulah maka malam kami bertiga beranak.Lepas tu ronda-ronda dalam kawasan resort.Rasa mengantuk. Tidur sebab besok nak meronda di pulau.
Setakat ini dulu. Catatan akan disambung kemudian.
Sunday, March 20, 2011
sembang-sembang dengan Dhyia
Dhyia Sofiya; nama cucu saya.Biasalah bebudak tengah membesar memang suka bertanya.
Saya dan suami menemani anak dan 2 orang cucu kerana menantu outstation.Kesihan pulak dengan bayi dan anak berumur 2 tahun lebih.Kami menemani anak dan cucu waktu malam saja.Hari bekerja ,anak saya ketempat kerja dan anaknya(cucu saya) dihantar kerumah pengasuh.Waktu siang kami tunggu rumah sajalah.
Bila petang barulah bebudak tu dibawa balik.Jadi waktu malam sajalah melayan cucu yang 2 orang ni.Yang bayi tu memanglah dah berulit dengan emaknya.Dapat susu tidurlah dia.Dhyia anak yang sulung ni memang suka berbual.Ada saja yang ditanya . Biasalah bebudak.
Suatu malam saya membaca majalah .Gambar-gambar baju pengantin.Agaknya sebab musim majlis kenduri kahwin.
Dhyia pun sama membacanya.Banyaklah gambar-gambar Busana Pengantin.macam-macamlah soalannya.
Tengok gambar baju pengantin laki-laki,ditanya :Apa ni nek.
Saya pun jawab; Ini baju penganti laki-laki.
Tambah lagi soalannya: Pasal dia kahwin nek.
Saya beritahu:Sebab dia dah besar.
Tengok pula baju pengantin perempuan,kebetulan baju yang dilihat tu Fesyen berkemban.
Dhyia: Ee eee.... nek pasal kakak ni pakai baju tak ada tangan.
Layanlah juga soalannya: Masa dia jahit baju, tangan baju dah hilang.Tak dapat jahit.
Dhyia :E ee eee..... kakak ni tak malu.Dhyia tak naklah pakai baju ni.
Buka lagi muka surat lain.Gambar baju ada tangan sebelah saja.
Dhyia: Nek , pasal baju ni macam ni.
Saya pun jawab; Masa dia jahit baju ni tangan baju dia hilang satu.
Dhyia: Baju ni pun Dhyia tak nak.
Berbalik pasal fesyen baju ;saya pun terfikir juga,budak-budak besar ni pandai menilai fesyennya.
Kalau di fikir betul juga.Walaupun soalannya memang ikut kemampuan bahasanya.Tetapi realitinya dia faham kenapa tak di murnikan fesyennya.Maksud saya bukanlah semuanya fesyen berkemban atau baju bertangan sebelah.Baju pun OKU juga ke.
Mungkin selera orang tak sama.Kemungkinan juga......
Moga pemakainya orang bukan Islam.Kerana kaum muslimat berpakaian menutup aurat.Saya pun bukan pandai bab-bab ni.Tapi logiknya begitulah.
Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T.
Monday, February 21, 2011
Wajik kampung Tengah,Sauk,Kuala kangsar.
Gotong royong sediakan wajik.
Sebagai memenuhi janji nak paparkan gambar warga wanita gotong royong masak wajik.
Inilah gambarnya.
Friday, January 21, 2011
Selamat Pengantin Baru
Ha... kalau veteran seangkatan saya tentu ingat.Lagu nyanyian allahyarham Zainudin Mohd Dom.
Lagunya Alah emak kawinkan aku (kalau tak silap).
Bukannya nak cerita pasal lagu tapi nak cerita juadah tradisional yang mungkin generasi sekarang tak suka memakannya.Manisnya tak tahu nak cakap.Kalau penyakit diabetis dinasihatkan jangan makan.
Inilah ceteranya (kata orang Kedah).
Pada Disember lepas (2010),saya ,suami dan cucu seramai 4 orang ke Kampung Sauk Kuala Kangsar, meraikan majlis perkahwinan cucu saudara.Kami berenam pergi 2 hari sebelum majlis.
Anak-anak yang lain pergi pada hari langsung.
Yang hebatnya semangat gotong royong jiran sekampung serta saudara mara.barulah terfikir sebab anak saudara saya nak buat kenduri di Kampong.(Sebenarnya mereka tinggal di Skudai JB.Tetapi kendurinya di kampong Sauk.Sebab mengenangkan saudara mara tak dapat meraikan majlis di Johor ).
Antara juadah yang mereka buat secara bergotong royong yang saya nak ceritakan.Saya pun tak pandai juga membuatnya. kalau dodol tu tahulah juga.Arwah mak memang rajin membuat pulut kacau(rupanya sama macam wajik tetapi caranya ada kelainan sikit).
Dengan muka selamba dapatlah saya lihat cara membuat wajik ni.Bahan-bahannya beras pulut,gula pasir dan santan.Bahannya memang tidak membebankan,proses membuatnya yang perlukan sekurang-kurangnya 2 orang.
Juadah tradisional ni memang perlukan semangat gotong royong.ada juga gambarnya ,nantilah akan dipaparkan kemudian.
Thursday, December 30, 2010
Lawatan sambil belajar
Kisah saya bersama suami(ayahdia) ke Langkawi atas tiket Kelab Keluarga Masyarakat Malaysia Bhd.(kami berdua baru jadi ahli.Pada mulanya mengikut rancangan Tn Kamarul(tn Presiden kelab) nak naik keretapi.Kata ayahdia bagus juga dah lama tak naik keretapi.Seronok juga naik berkumpulan.Jadi nampaknya.
Kecewa pula pulak.tak jadi naik keretapi.Tiket dah habis sebab cuti sekolah.Naik bas nampaknya.
Dari M'ka naik kereta.Tiba Sepang rumah anak,Menantu hantar ke Hentian Duta.Pakej 12 orang.Naik bas 2 tingkat.Sani ekspres.Dari KL pukul 11 mlm. sampai pukul 6:30 (lebih kuran
g).
Naik feri pukul 8 pagi.
Sampai jeti Kuah ke hotel Tn Kamarul sewa van.Hotel Langkawi View.Ok lah.Lagi pun di taja.
Nak check in hotel tak boleh sebab masih awal lagi. Tumpang beg saja dan le[as tu aktiviti jalan-jalan cari makan.Hujan pula tu.Pusing je pulau lagi pun warga mas berjalan.Yang sakit kaki,lenguh badan.Singgah beli produk gamat je.Balik hotel dn check in pukul 1 petang.Lepas solat jalan-jalan lagi.Yang bagus
nya singgah makan goreng pisang,keledek ,karipap dan mi goreng.ayahdia belanja mi .
goreng pisang,karipap dan mi goreng.
Singgah di Cabel car.Konon nak naik .hai punya ramai manusia.Termasuklah kami.Baris panjang sekali.Batal je.Tengok orang naik je.Melopong nampaknya.
Lepas tu pergi pekan Kuah,nak beli belah.Dah janji sebelum pukul 7 malam mesti balik sebab nak pulangkan van.Ada pulak yang buat hal.Entah apa di beli.macam-macam hal.
Sampai hotel solat maghrib jamak dengan Isyak. Makan dan ke dewan untuk taklimat kursus.Seronok juga dah lama tak kursus.Perasan pulak.
Esoknya 10 Nov. kursus.Jangkanya sampai pukul 6;30 tapi di pendekkan. Separuh hari saja.Separuh lagi sambung malam.
Lepas makan dan solat. saya dan suami pergi beli belah.Tapi beli coklat dan t shirt utk cucu je.
(Suami dah ingatkan jangan beli pinggan mangkuk tak ada siapa yang nak bawa).Kira-kira pun kalau di usia kita ni nak beli barang-barang tu pun tak berbaloi,nak bawa satu cerita,harga pun di campur tolak jadi mahal juga.(sebab penat dan masalah nak bimbit).
11 Nov balik ke Kuala Perlis naik feri.Sampai dah ada kumpulan yang menunggu.Baiknya hati kawan-kawan kelab.terima kasih pada mak long,pak long.pn Maziah serta suami.Kami di bawa ke Alor Setar ke homestay.
Malam lepas solat pergi makan malam di rumah pn Maziah .Tak di jangka ramai pula yang datang meraikan kami dan majlis menambah meraikan ahli kelab baru.\
12 Nov pagi .Lepas sarapan pergi Pekan Rabu Alor Setar. Pak long,mak long,pn Mazaiah dan Cik Gu Mohamad nak bawa jalan-jalan tapi dah malas.Pergi je ke rumah Mak long makan tengahari dan lepas solat zohor ke Sahab Perdana( setesen bas ekspres). Kami naik bas juga balik ke Kl.Tak dapat naik keretapi juga sebab perjalan ke KL waktu malam.
Walau bagaimanpun memang seronok sesekali berjalan dengan kawan-kawan yang tak banyak kerenah.terima kasih kepada Kelab Keluarga Masyarakat Malaysia dan tn Kamarul serta isteri Pn, Dr Zaidah.lain kali kalau ada peluang kami nak ikut lagi.Tengok lah gambar kenangan.
Tuesday, December 7, 2010
Siapa dia itu?....
Hm ini wira padang pasir.Menunggu kalau ada yang nak bergambar bersamanya.
Rasanya pengantin pun boleh bergambar dengan si cantik manis ni.
Selesai mengerjakan ibadah haji,sementara nak balik ,selain menunaikan umrah,kami buat lawatan kebeberapa tempat.Satu daripadanya ladang unta.
Kalau kita tengok kaki unta ni kecil saja kalau dibandingkan dengan badannya.Memang tak munasabah.tapi itulah kurniaan Allah S.W.T kepadanya.
Rakaman gambar di teruskan.Amboi cantik .
Lihat lagi apa ceritanya.....
Di sana dapatlah ambil gambar,bukan itu saja minum susunya.Mulanya rasa tak berani nak minum takut tak tertelan.Harga se botol 5 Riyal. Memang sedap.Kalau susu kambing berbau juga,susu unta tidak pula.
(Gambar peladang sedang memerah susu unta.Dan disebelahnya buih susu unta selepas di tapis).
Satu dari aktiviti.Cuci muka dengan buih susu unta.Semua mencubanya termasuklah saya.
Selepas itu masing-masing membeli pula beberapa botol susu.Saya pun tidak terkecuali.
Bawa balik ke tempat penginapan dan simpan dalam peti sejuk.Tau apa di buat dengan susu unta tu.Selain diminum,mandi susu pulak.Syampu rambut dengan susu unta.Kata kawan sebilik rasanya orang arab pun tak SPA dengan susu unta.Yalah nak cuba.Hasilnya memang memuaskan.
Lihat lagi aktivi pak haji ni...
(
Ini lebih dari penternak unta.
Biarlah saya berhenti setakat ini.Coretan ini hanya sebagai kenangan.
Sunday, December 5, 2010
Keindahan Anugerah Allah....
Banyak lagi gambar yang menarik.
Syukur,alhamdulillah atas anugerah Allah mencipta keindahan unyul hambaNyahambaNya.
Muhasabah diri kita dan bersyukur di atas rahmatNya.Sesiapa yang berminat tentu akan mencubanya.Tempat bermalam,makan dan berehat tidaklah hotel 5 bintang.Bersolat di masjid-masjid bila tiba masuk waktu.Sementara Allah memberi rezeki,tenaga dan kesihatan yang baik,kami berusaha untuk menyusuri keindahan bumi Malaysia.Pengalaman yang tidak boleh dibeli.