DARI MANA PUNAI MELAYANG.
Jangan salah faham dengan baris pertama pembayang pantun ini.Ini hanya ungkapan pengenalan sahaja.
Tujuan saya cuma ingin memaparkan salah satu aktiviti saya dan suami.
Suami ingi mencari sebuah 4x4 yang sesuai untuk kami bersantai bersama dan kalau ada peluang bersama anak-anak dan cucu.
Yang mampu dibeli sebuah Suzuki Vitara terpakai.Rasanya sesuailah dengan kewangan kami berdua. Anak lelaki kami daftarkan menjadi ahli Kelab Vitara Malaysia.
Pengalaman pertama Offroad ke Kuala Kelawang: ke hutan tanpa persediaan rapi. Hanya bawa kelengkapan perkhemahan.Masa mengharungi sungai 4 wheel drive tidak berfungsi . Dengan bantuan rakan -rakan kereta berjaya di tarik menyeberangi sungai.Dari peristiwa itu dapat info dari kawan-kawan.Gear 4 wheel drive sudah lama tidak diaktifkan.Roda yang digunakan pun tidak sesuai untuk aktiviti masuk hutan.
Itu adalah cabaran pertama.Perlu diperbaiki dan penambahbaikan.Alhamdullilah, dapat tukar roda dari tayar biasa( istilah rakan-rakan Vitara Tayar Sotong) ke tayar besar sedikit,tayar Silverstone AT.Tambah sebuah khemah yang boleh muat 6 orang.
Aktiviti ini memang memenatkan tetapi menjadikan sihat fizikal dan mental.Bayangkan tempat aktiviti adalah didalam hutan.Jalannya yang berlekuk,berlubang, berbatu dan ada anak air .Meredah sungai.Bila berada di dalam khemah dan bertemu dengan rakan-rakan,memang gembira.Syukur Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambanya.Apa yang kita dapat adalah kepuasan dan bersyukur akan kebesaran Allah .
Mandi di sungai yang airnya tidak tercemar,menghirup udara bersih tidur di dalam khemah yang serba kekurangan.Pengalaman yang mengajar kita supaya sentiasa bersyukur.
Pengalaman pertama bersama rakan-rakan Vitara menjadikan kawasan hutan sebagai tempat bersantai menjadikan kami menunggu aktiviti seterusnya.Saya akan memaparkan pengalaman aktiviti seterusnya.