Friday, August 8, 2014

Meniti Senja

Alhamdulillah,syukur ke hadzrat Ilahi,saya dapat mencoretkan sedikit catatan untuk tatapan anak, menantu dan cucunda.

Hari demi hari usia saya dan suami bertambah angkanya.
Usia perkahwinan kami pun menginjak masa.
Masa tahun pertama,kami berdua.Tahun demi tahun Allah memberi rezeki.kami berdua dianugerah Lima cahaya mata,tiga  puteri dan dua putera.
Norzahtuladha,Norzahrina,Nurzahwani,Muhamad Nurul Amin dan Muhamad Nurul Azizi anakanda kami berdua.
Kita tidak boleh menjangka ,Allah lebih sayangkannya.Dalam usia sebelas bulan dua minggu ,Azizi meninggalkan kami buat selamanya.Kami redha atas ketentuanNya.Allah maha mengetahui.

Tahun demi tahun berlalu.Anak-anak meningkat dewasa,melalui zaman persekolahan,bekerjaya dan berkeluarga.
Kini saya dan suami berdua kembali.Di awal perkahwinan,di usia awal dua puluhan kami berdua,kini dalam usia enam puluhan kembali berdua.Alhamdulillah anak cucu tetap menziarahi,walaupun berjauhan.Kami faham keadaan mereka,dalam kesibukan mengurus kerjaya dan keluarga masih ada masa mereka untuk kami berdua.Lebih bersyukur ,menantu -menantu yang pandai membahagi masa untuk kami mertua mereka dan ibu bapa dan saudara mara mereka.Kami faham kerana tidak perlu tamak haloba.
Bila ada kelapangan,keadaan mengizinkan kami pula yang menziarahi mereka.

Di usia begini ,tidak mampu rasanya menguruskan tanaman yang tidak seberapa.Gerak langkah tidak lagi sepantas di usia muda.Kesihatan pun semakin menurun.Klinik menjadi tempat rujukan setia.

Di usia meniti senja,
Kepada Allah kami berdoa,memberi kesempatan kami bertaubat dan bermuhassabah diri."Anugerahkanlah kami kekuatan iman,sihatkan kami agar dapat mengurus diri tidak menyusahkan anak-anak, Dapat bersolat dengan sempurna,tidak jadikan hati keras seperti batu,sentiasa ingat beramal ibadat.jauhkan diri dari perbuatan munkar.Mengeratkan silaturrahim dan tidak berburuk sangka."

Kami memohon  kepada mu,Allah yang esa,sentiasa mengingati mu dalam usia meniti senja.

Insha Allah jika diizin Allah,akan ada sambungannya lagi.












Thursday, January 2, 2014

Mengisi Ruang Yang Ada





DARI MANA PUNAI MELAYANG.

Jangan salah faham dengan baris pertama pembayang pantun ini.Ini hanya ungkapan pengenalan sahaja.
Tujuan saya cuma ingin memaparkan salah satu aktiviti saya dan suami.
Suami ingi mencari sebuah 4x4  yang sesuai untuk kami bersantai bersama dan kalau ada peluang bersama anak-anak dan cucu.
Yang mampu dibeli sebuah Suzuki Vitara terpakai.Rasanya sesuailah dengan kewangan  kami berdua. Anak lelaki kami daftarkan menjadi ahli Kelab Vitara Malaysia.
Pengalaman  pertama Offroad  ke Kuala Kelawang: ke hutan tanpa persediaan rapi. Hanya bawa kelengkapan perkhemahan.Masa mengharungi sungai 4 wheel drive tidak berfungsi . Dengan bantuan rakan -rakan kereta berjaya di tarik menyeberangi sungai.Dari peristiwa itu dapat info dari kawan-kawan.Gear 4 wheel drive sudah lama tidak diaktifkan.Roda yang digunakan pun tidak sesuai untuk aktiviti masuk hutan.
Itu adalah cabaran pertama.Perlu diperbaiki dan penambahbaikan.Alhamdullilah, dapat tukar roda dari tayar biasa( istilah rakan-rakan Vitara Tayar Sotong) ke tayar besar sedikit,tayar Silverstone AT.Tambah sebuah khemah yang boleh  muat 6 orang.
Aktiviti ini memang memenatkan tetapi menjadikan sihat fizikal dan mental.Bayangkan tempat aktiviti adalah didalam hutan.Jalannya yang berlekuk,berlubang, berbatu dan ada anak air .Meredah sungai.Bila berada di dalam khemah dan bertemu dengan rakan-rakan,memang gembira.Syukur  Allah sentiasa  memberi rezeki kepada hambanya.Apa yang kita dapat adalah kepuasan dan bersyukur  akan kebesaran Allah .
Mandi di sungai  yang airnya tidak tercemar,menghirup udara bersih tidur di dalam khemah yang serba kekurangan.Pengalaman yang mengajar kita supaya sentiasa bersyukur.
Pengalaman pertama bersama rakan-rakan Vitara menjadikan kawasan hutan sebagai tempat bersantai menjadikan kami menunggu aktiviti seterusnya.Saya  akan  memaparkan pengalaman aktiviti seterusnya.