Friday, August 23, 2013

BEREMBANG BUAH PEDADA




Terkenang semasa dulu....

              Dang Nila memangku puan,
              Berembang buah pedada.
              Adakah gila bagi mu tuan,
              Burung terbang dipipiskan lada.

Ini adalah pantun orang-orang tua dahulu.
Saya bukanlah hendak bincangkan tentang pantun ini,saya bukanlah ahli tentang pantun.
Hanya bila menyebut perkataan berembang dan buah pedada teringat masa kecil di kampung.
Itulah buah-buah yang jadi kegemaran saya dan kawan-kawan.Selain itu buah nipah dan buah cermai.
Buah berembang,pedada dan nipah banyak tumbuh subur di pesisiran pantai bersama dengan pokok bakau,pokokjeruju,lenggadai api-api ,perepat(seperti yang dikenali dikampung saya) .Pokok bakau  yang dikenali di kampong saya ada 2 jenis: bakau minyak dan bakau kurap.

Masa  zaman sekolah rendah (darjah dua ,tiga dan empat).Memang nakal pun.Bila ada masa terluang balik dari sekolah ,lepas makan dan mengaji,bersama kawan  seangkatan kami buat aktiviti mencari buah berembang dan pedada ( dikampung saya namanya buah gedabu).Kalau yang muda rasanya  kelat,cari yang tua dah nak masak,rasanya masam.Kalau dah masak lembik pulak.Makan dicecah dengan garam.Kalau dibawa balik ke rumah boleh makan dengan kicap tetapi yang sedapnya walau dicecah garam lebih sedap sebab makan dengan kawan-kawan.Teringat pula buah pedada dicecah dengan sambal liat(sambal liat opah kawan saya).
Sambil itu kalau jumpa buah nipah ambil juga kalau ada bawa parang.

Selain itu bila musim Jabatan Hutan menanam bakau,kami buat sibuk juga;aktiviti cari buah bakau(bakau minyak).Cari di hutan bakau berdekatan kampung.Dan kadang ada kawan-kawan yang lebih besar dari kami ; ikut juga sebab mereka naik sampan. Lebih seronok lagi sebab dapat pergi jauh sikit.Biasanya dikumpul dan dijual.Dapatlah dalam 30 sen hingga 50 sen seorang.

Selain dari itu ikut orang dewasa,pergi cari lokan. biasanya ikut kumpulan emak.Emak-emak ni pula ada kumpulan cari lokan.Kami naik sampan.Biasanya pada cuti hujung minggu.Ada pula nama-nama sungai berdekatan kampung.Seingat saya nama-nama sungai yang di kenali orang-orang kampung saya :Sungai Buaya Tidur, Sungai Terus Timah,Sungai Penyegat Hitam.(nama sungai tidak pula rasmi atau tidak,ada ceritanya bagaimana namanya diberi.)
Beting Kering .(yang saya tahu).Saya tidak tahu siapa yang memberi nama-nama sungai  ini.Kumpulan saya dan kawan-kawan bukannya mencari lokan.Kami ada agenda tersendiri.Mulanya memang ikut emak-emak ni cari lokan.Lepas itu kami patah balik ke sampan ;main dalam sungai.Memang kena marahlah dengan mereka.
 Oleh sebab bapa saya pula bekerja dengan Syahbandar (Jabatan Laut).Saya ambil peluang juga ikut bapa
(bila musim cuti sekolah) ikut dia pergi kerja.Sebabnya hendak naik bot.Biasanya dengan abang saya.Memang seronokAktivitinya: memancing,mencari lokan,siput belitung dan siput kunci.Sekarang hanya jadi kenangan.Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dilahir dan besarkan.......


             

































Saturday, January 12, 2013

LAWATAN KE BEIJING

LllhHLC



LAWATAN KE BEIJING 2012                                     
20Feb hingga 25 Feb 20           

          
Salah sebuah Masjid di China.
Bersolat di salah sebuah Masjid.
 Kami bersolat di Masjid Nujie,Masjid Ma Dian, dan Masjid Nandouya.


Bergambar bersama kaki tangan
China Radio Internasional  Unit Bahasa Melayu..


 Tasik Kunming
Di sini terletak Summer Palace di mana terletak Taman Maharaja terbesar di China dibina zaman pemerintahan Maharaja Qinglong pada tahun 1751.
T
Tiram Mutiara
Di Fresh Water Pearl Center.


 Great Wall Of Chinal
Kesempatan memanjat Tembok Besar China adalah menarik.Sayangnya saya dan suami mendaki tidak sampai ke puncak.Walaubagaimanapun mendaki juga.Tidak dibayangkan bagaimana rakyat China pada zaman dahulu membinanya.Mungkin bukan sahaja dengan tenaga tetapi dengan darah dan air mata.
Forbidden Cityk
Komplek Maharaja China yang dibina lebih 500 tahun lalu.


Berlatar belakang Mercu Tanda Sukan Olimpik----Bird's Nest Stadium.Cuaca berkabus dan sejuk.Musim sejuk belum berakhir.Saya dan suami pakai baju sampai 3 lapis; masih sejuk lagi.

CATATAN PERJALANAN.





Pakej HYDRAMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD.
Penerbangan dengan AirrAsia Flight D7312 ke Tianjin.Pemandu Pelancung Mr Ma yang fasih berbahasa Melayu (Indonesia) .
Penginapan:YIHAI BUISNESS HOTEL.33XUEVYUAN SOUTHROAD,HAIDAN DIST,BEIJING.Dari Tianjin bertolak ke Beijing dengan Bas selama 1 jam 30 minit.Sepanjang perjalanan cuaca berkabus dan sejuk sebab masih lagi dalam musim sejuk(penghujung musim sejuk).
Selain tempat-tempat yang dipaparkan gambar,ada legi tempat-tempat lain.Antaranya:
Famous Silk Center...ramai yang berminat membeli belah di disini..
Free Foot Massage...sambil berurut mereka promosi ubatan herba China.
Jade Center dan Crystal Shop...Di sini pun ramai yang berminat.
Tea House..melawat dan menikmati Chinese Tea.
Jewelery Shop...pada hari itu berjumpa pengurusnya dan dihadiahkan setiap orang se biji loket jade
kerana pada hari itu isterinya melahirkan anak laki-laki pertama.(isterinya orang Malaysia).
Menurut keterangannya mendiang bapanya mempunyai lombong Jade di Burma
Penerbangan balik dengan Flight Air Asia D7-313di lapangan terbang Tianjin.