Wajik kuih wajik kalau berat letak balik......
Ha... kalau veteran seangkatan saya tentu ingat.Lagu nyanyian allahyarham Zainudin Mohd Dom.
Lagunya Alah emak kawinkan aku (kalau tak silap).
Bukannya nak cerita pasal lagu tapi nak cerita juadah tradisional yang mungkin generasi sekarang tak suka memakannya.Manisnya tak tahu nak cakap.Kalau penyakit diabetis dinasihatkan jangan makan.
Inilah ceteranya (kata orang Kedah).
Pada Disember lepas (2010),saya ,suami dan cucu seramai 4 orang ke Kampung Sauk Kuala Kangsar, meraikan majlis perkahwinan cucu saudara.Kami berenam pergi 2 hari sebelum majlis.
Anak-anak yang lain pergi pada hari langsung.
Yang hebatnya semangat gotong royong jiran sekampung serta saudara mara.barulah terfikir sebab anak saudara saya nak buat kenduri di Kampong.(Sebenarnya mereka tinggal di Skudai JB.Tetapi kendurinya di kampong Sauk.Sebab mengenangkan saudara mara tak dapat meraikan majlis di Johor ).
Antara juadah yang mereka buat secara bergotong royong yang saya nak ceritakan.Saya pun tak pandai juga membuatnya. kalau dodol tu tahulah juga.Arwah mak memang rajin membuat pulut kacau(rupanya sama macam wajik tetapi caranya ada kelainan sikit).
Dengan muka selamba dapatlah saya lihat cara membuat wajik ni.Bahan-bahannya beras pulut,gula pasir dan santan.Bahannya memang tidak membebankan,proses membuatnya yang perlukan sekurang-kurangnya 2 orang.
Juadah tradisional ni memang perlukan semangat gotong royong.ada juga gambarnya ,nantilah akan dipaparkan kemudian.